Click Here!

Showing posts with label kacang panjang. Show all posts
Showing posts with label kacang panjang. Show all posts

Cerita Petang Semalam..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 26, 2012

     Semalam, pulang je dari pejabat terus kejar ke tapak semaian.~ Ahaks! Tapak semaian la sangatt..kan? Bunyi tak mengalah, macam ke besar sangat je tapak tu. Padahal palung tepi tingkap ni je pun...


Dok kejar pun bukan pasal pe, pasal petang kelmarin hingga ke pagi lupa nak siram. Nak harap hujan pun, kalau lebat je baru tempias kena kat palung ni. Nasib baik tak mati kering anak2 pokok tu. Tanah pulak pakai tanah 1 Malaysia ni je, tak campur pulak dengan tanah satu lagi tuh.


Tanah ni macam pasir lebih walaupun tanah campuran. Cepat kering kalau tak siram 2 hari. Nak2 pulak waktu tengahari sekarang panas terik. Sian anak2 pokokku...
    Lepas siram, alihkan anak kacang panjang ke plastik tanah. Ni buat sementara je, sementara tapak kekal dia siap. Anak2 lobak putih pun alihkan juga dah alang main tanah tu, biar kotor sekali. Tak payah nak bersihkan tempat tu dua tiga kali. Lagipun anak2 lobak putih cepat betul membesar. Tak pernah lagi masak lobak putih ni, tak tau la masak resepi apa nanti.







Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Kacang Panjang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, April 21, 2012

      Anak kacang panjang saya nampaknya dah boleh dipindahkan. Tapi masalahnya nak tanam kat mane eh? Tempat dah la terhad.. Cincai tanam kang big boss marah pulak. Pening~


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Perkembangan Semaian

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 16, 2012



1. Semaian kacang panjang baru nampak rupanya selepas 9 hari disemai sejak 8/4/12.

2.  Ini pula semaian kobis yang masih malu2 nak keluar. Berbanding yang lain, ia dikira cepat juga la memandangkan ianya disemai pada 14/4/12.

3.  Gambar yang ini pula adalah anak tomato. Ia seusia kacang panjang kerana disemai pada 8/4/12.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading