Click Here!

Showing posts with label tanam sendiri. Show all posts
Showing posts with label tanam sendiri. Show all posts

Oh! Sayur2ku Telah Membesar

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 3, 2012

Dah lama tak update sayur kat belakang rumah. Kebelakangan ni sibuk menguruskan hal2 lain. Lagipun sekarang tengah plan family vacation ke Pord Dickson. Ceh! Macam jauh je bunyinye,kan? Hehe... PD je senang, booking last minute pun tak de hal. Ok, citer yang tu next entri la saya citer. Jom kita tengotj perkembamgan pokok2 sayur saya, ok.



Lobak putih sudah semakin membesar. Saya semai 7 anak pokok, 2 telah diberikan pada jiran lama.


Terung juga dah keluar buah sebesar bola golf. Lepas ni boleh makan sambal terung lagi.


Anak peria juga dah semakin tinggi. Tapi saya rasa macam tak sesuai pula tanam kat sini hari tu.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bunga2 Sawi

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 1, 2012


Bunga2 sawi yang sedang mekar berkembang selepas dialihkan ke tepi dinding luar rumah. Kurang sikit gangguan dari serangga2 yang degil tu. ^_^
Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Anak Cili Api

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 19, 2012

     Cuba2 semaikan anak cili api. Tak sangka pulak hidup. Petang hari tu saya ada la kongsikan benih kailan yang saya dapat free dari Tuan Is. Ye la,kan... Memanjangkan sedekah. Seronok bila kita ada minat yang sama ni.

   Esoknya Cik Yah bagi cili api, bendi, betik, peria katak dan anak pokok betik. Jadi saya semai la setiap sebiji apa yang diberi. Kesemuanya hidup pulak rupanya, kecuali bendi je entah kenapa memang tak menjadi dari dulu lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Terung Pipit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Sebelum ke ofis pagi ni, macam biasa la.. Mesti nak jenguk2 kebun belakang. Tengok perkembangan diorang. Nak tengok petang, selalu je hujan. Jadi memang pagi je dapat borak2 kejap dengan pokok2 tu. Bunyi macam kelakar je kan? Saya praktikan lepas baca kat blog tanamsendiri.com. Mula2 dulu segan jugak takut orang kata kita kurang waras pulak bercakap sorang2. Pokok terung pipit saya ni besar dan berbunga. Tapi entah apa silapnya bunga selalu gugur tak menjadi buah. Jadi masa tanamkan nasi kat pangkalnya saya bercakap2 la. Saya kata," Hari ni kau minum air beras dan makan nasi ye. Tapi ko bagi la aku rasa jugak hasil ko. Buahla lebat2, boleh aku kongsi sama jiran2. Kalau ko tak nak berbuah aku pun tak nak jaga ko lagi." Macam tu la saya cakap tiap kali siram atau bajakan dia. Tak lama pun, keluar bunga dan pagi ni dah  nampak banyak buahnya. Tak sangka juga. Mungkin betul la ada orang kata pokok2 ni faham apa kita kata. Semua ni rahsia Allah yang tak terjangkau oleh kita. Apapun bersyukur sangat sekarang dah jarang beli sayur.


P/S~ Petang ni rasa macam nak buat sambal terung pipit la. Hubby kata dia tak makan terung ni, kita tengok nanti apa kata dia lepas test food.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Perkembangan Semaian

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 16, 2012



1. Semaian kacang panjang baru nampak rupanya selepas 9 hari disemai sejak 8/4/12.

2.  Ini pula semaian kobis yang masih malu2 nak keluar. Berbanding yang lain, ia dikira cepat juga la memandangkan ianya disemai pada 14/4/12.

3.  Gambar yang ini pula adalah anak tomato. Ia seusia kacang panjang kerana disemai pada 8/4/12.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Biasa jer.. tapi ada istimewanya!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, April 13, 2012

   Ni la makan malam kami mlm ni. Biasa je lauknya, tapi istimewa sedikit memandangkan sawinya hasil tanam sendiri. Tak sangka dari keterujaan saya melihat blog2 mengenai edible garden atau laman dapur telah menggerakan saya untuk sama2 menanam apa jua tanaman yang boleh dimakan dan memberikan saya pengalaman ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading