Click Here!

Alamat tertentu...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, February 4, 2011

* Hari ni nak kongsikan beberapa alamat atau tanda-tanda penyakit yang saya dapat melalui email.

Risalah ini bagus untuk anda semua............

Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi

badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:


1. MATA.

Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.

Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin

sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid

berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan

hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak .

Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG.

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3) Batuk

a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang

berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin

di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang

banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4). KERONGKONG

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku

di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak

air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas.. Paras

keracunan lebih serius.

5) BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem

penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6) MULUT DAN LIDAH:

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan

jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi

lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)

Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi

perut untuk pembuangan toksin.

7) TELINGA:

Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin

berlebihan.

ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8) KULIT Berpeluh:

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin

yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9) RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah

pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula

dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN

Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.

Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI.

Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI.

Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh

kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI.

Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.

Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.

Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11) TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA

Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12) MULUT/KERONGKONG/LIDAH

1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian

kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .

Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13) KENCING

a) KERAP KENCING

Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit

batu karang atau buah pinggang luka.

14) BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN

a) RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN:

Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16) RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17) CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18) RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.

19) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.

20) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.


Sumber : DR Murthi (MBBS,UKRAIN, TFD,TFM)
Continue Reading

Selamat Tahun baru Cina

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, February 3, 2011


     Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca berbangsa Cina. Semoga tahun ini mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Kepada bos saya, terima kasih bagi sekotak limau..
Continue Reading

Pangkor- Day 1

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, February 2, 2011

    *Sambung balik story pasal Pangkor...

    Lepas dapat kereta sewa, terus check in apartment kat Coral Bay Resort. Boleh tahan la, 3 bilik dan 2 bilik air. Ada balkoni dan swimming pool kat bawah. So, budak-budak seronok la boleh main air. Jaraknya dengan jeti ada la lebih kurang dalam 2km. Cantik, selesa cuma tak boleh masak-masak dalam apartment tu sebab ada smoke detector. Lagipun masa booking lagi dah diberitahu tidak dibenarkan memasak dalam apartment. Dapur pun tak de, cuma kettle letrik untuk masak air je yang ada. Tapi kami dah stanby bawa portable gas, senang nak masak maggi atau panaskan makanan.  Stok maggi memang stanby berpek-pek sebab tau sangat dah kalau gi tempat camni maggi memang laku la.. Curi-curi masak pun kat ruang jemuran belakang dapur tu.

Tak silap maggi ni 3 ke 4 kali masak baru cukup untuk semua orang.
Maklum periuk comel sangat.. 
Ramai-ramai cam nikan best.. Meriah macam balik raya jer...
Dapur disediakan peti sejuk. So perap ayam untuk BBQ dan boleh simpan dalam peti.
       Lepas Zohor, trip pertama 6 orang dewasa termasuk saya berhimpit dalam kereta untuk survey tempat untuk BBQ yang best. Sementara tu, survey sekali pakej snorkling yang murah dan berbaloi. Cari punya cari, kami pun sampai la ke Pantai Coral. Memang cantik pantainya, putih dan bersih. Laluan memang agak mencabar juga sebab kami ikut arah dari kanan jeti. Jika ikut arah kiri jeti kurang sikit cabarannya dan jarak pun lebih dekat. Tapi memandangkan kami nak merasa cabaran laluan di Pangkor, redah je la.

   Port kami BBQ ni dekat dengan Papa's Cafe. Permandangan laut yang mengasyikkan. Bertentang pula dengan Pulau Giam. Banyak pokok yang rendang untuk teduhan dan di dahan pokok ada dibuat buai untuk pengunjung bersantai. Memang haeven la duduk sini.


Dekat je dengan Papa's Cafe.
Budak-budak memang seronok kalau dapat main pasir.
Swing2 atas buai.. Hati berlagu di Pulau Pangkor.

Permandangan yang cantik

Mencari sudut terbaik untuk BBQ.

Gambar gelap sikit sebab hujan turun mencurah-curah.
Terpaksa BBQ di bawah wakaf.

Seronok dan best walaupun cuma BBQ ayam.
Tu dia stok makanan kami... Satu beg besar tu..

Proses mengipas BBQ ayam secara bergilir-gilir.

Makan time!
     Kami BBQ dalam hujan, makan panas-panas... terangkat masa makan. Nasi memang dah siap-siap bawa dari rumah. Kena pulak dengan cili + kicap. Terangkat habis...

   Balik ke apartment dalam jam 6 petang, sambung lagi mandi kat pool. Jam 7 baru la masing-masing naik mandi untuk Maghrib. Memang puas betul mandi-manda kat sini. Aktiviti malam bebas, kebanyakan dari kami keluar jalan-jalan beli survenior kat kedai-kedai berdekatan hotel. So, jalan-jalan sampai Pasir Bogak.

Sempat posing dulu sebelum keluar membeli belah.
 
Aktiviti membeli survenior untuk keluarga masing-masing.

Beli jangan tak beli... Borong habis satu kedai!!
    Balik ke hotel semua lebih kurang jam 11 malam. Balik bukan terus tidur, sambung borak pulak. Maklumlah, dah jumpa ramai-ramai ni rugilah kalau tidur awal. Masa ni la pun nak bertukar cerita, tak gitu?

 

Continue Reading

Jeram-Lumut-Pangkor

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, February 1, 2011

  * Hari ni nak say sorry sangat-sangat kat korang pasal semalam penat sangat. So, malas pulak rasanya nak update blog pasal Pangkor. 

  Perjalanan bermula seawal jam 5.30 pagi dari rumah saya dan rumah kakak ipar di Klang. Mak dan ayah mertua saya memang dah sampai jam 2.30pagi dari Pahang. So, tidur beberapa jam kat rumah saya sebelum bertolak. Kak Long dari Johor pula singgah tidur di rumah Kak Ngah sejak tengah malam lagi. So, lebih kurang jam 6pagi kami bertemu di check point Jeram untuk konvoi. Empat buah kereta semuanya.

   Perjalanan dari Jeram menuju ke Lumut memakan masa lebih kurang  3 jam. Tak la lama sangat sebab kami cuma singgah Subuh dan mengisi minyak saja. Jam 9 pagi, tiba di Lumut Waterfront. Selepas memarkir, singgah minum di kedai berdepan Terminal Jeti.



Keluarga Kak Chik makan semeja dengan mak mertua saya. Siap makan suap menyuap lagi...
Gelagat dua orang anak buah yang makan semeja memang macam-macam.
    Cuaca mendung sejak kami tiba. Kemudian renyai sedikit sewaktu naik feri. Sekejap je pun... Tiket feri boleh dibeli di kaunter depan Terminal Jeti dekat area tandas tu. Harga tiket pergi-balik bagi dewasa RM10 manakala RM5 bagi kanak-kanak. Selesai pembelian tiket, masing-masing angkut beg sendiri menuju ke jeti. Di sana tak lama pun menunggu, sebab feri memang dah sedia ada. So, terus masuk feri dan duduk. Perjalanan dari Lumut ke Jeti Pangkor tak makan masa lama, tak sampai sejam pun.

Beg kami satu je tapi paling besar. Semua baju main gulung.

Dalam feri, masing-masing sibuk cari port sendiri untuk feeling cuti-cuti pulau.
     Sampai kat Jeti Pangkor, semua lepak dulu. Orang lelaki pergi cari kereta sewa. Lama juga nak dapat kereta sewa. Akhirnya dapat 2 buah proton Iswara. Harga RM70 sebuah. Nak tak nak, kenalah buat dua trip setiap kereta pasal kami ni ramai..

    Cerita pasal kereta, nak cerita sikitla. Memang adventure betul condition kereta tu. Stereng berat, aircond out, radio ntah ape-ape siaran... Nasib baik brek makan. Satu lagi yang saya kurang berkenan tentang orang-orang yang menawarkan khidmat kereta sewa tu. Macam samseng je.. Takut nak berurusan memandangkan rupa fizikal mereka seperti samseng. Sebab tu la orang lelaki je yang pergi berbincang. Kami yang perempuan ni dok diam-diam jaga barang je. Hehehe..

   
   
Continue Reading