Perjalanan bermula seawal jam 5.30 pagi dari rumah saya dan rumah kakak ipar di Klang. Mak dan ayah mertua saya memang dah sampai jam 2.30pagi dari Pahang. So, tidur beberapa jam kat rumah saya sebelum bertolak. Kak Long dari Johor pula singgah tidur di rumah Kak Ngah sejak tengah malam lagi. So, lebih kurang jam 6pagi kami bertemu di check point Jeram untuk konvoi. Empat buah kereta semuanya.
Perjalanan dari Jeram menuju ke Lumut memakan masa lebih kurang 3 jam. Tak la lama sangat sebab kami cuma singgah Subuh dan mengisi minyak saja. Jam 9 pagi, tiba di Lumut Waterfront. Selepas memarkir, singgah minum di kedai berdepan Terminal Jeti.
Keluarga Kak Chik makan semeja dengan mak mertua saya. Siap makan suap menyuap lagi... |
Gelagat dua orang anak buah yang makan semeja memang macam-macam. |
Beg kami satu je tapi paling besar. Semua baju main gulung. |
Dalam feri, masing-masing sibuk cari port sendiri untuk feeling cuti-cuti pulau. |
Cerita pasal kereta, nak cerita sikitla. Memang adventure betul condition kereta tu. Stereng berat, aircond out, radio ntah ape-ape siaran... Nasib baik brek makan. Satu lagi yang saya kurang berkenan tentang orang-orang yang menawarkan khidmat kereta sewa tu. Macam samseng je.. Takut nak berurusan memandangkan rupa fizikal mereka seperti samseng. Sebab tu la orang lelaki je yang pergi berbincang. Kami yang perempuan ni dok diam-diam jaga barang je. Hehehe..
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment