Tapi... Bila baca blog Projek DIY si Azman ni, terus rasa nak buat make over jugak. Dah lama tak buat projek make over ni.. Dua tiga minggu sudah sekadar menyapu laman dan merumpai je aktiviti kitorang. So, ingat minggu ni nak make over kawasan depan sliding door ler. Kami pun selalu lepak-lepak kat situ waktu malam. So projek kali ni nak buat make over ala-ala spa. Ok, cari rujukan dulu...
Ada 'decking' yang menjadi pelantar sekaligus membezakan kawasan dan pokok-pokok segar. Sebaik-baiknya yang berbau wangi. |
Satu kemestian.. Nyalaan lilin yang meliuk lentuk ditiup angin kadang-kadang buat kita terbuai perasaaan. |
Batu-batu kecil, lilin wangi dan kelopak bunga di dalam mangkuk berisi air. |
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment