Click Here!

DIY Pelita Buah Sawit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 28, 2011

    Salam Jumaat. Salam pagi. Salam sejahtera....

    Hari ni nak bagi info tentang kelapa sawit alang-alang minggu lepas dah meredah ladang. Kelapa sawit memang banyak kegunaannya. Macam juga pokok kelapa. Isirung kelapa sawit boleh diproses menjadi minyak masak yang korang buat goreng keropok, goreng ayam atau goreng ikan tu. Dulu mak mertua saya kata dia selalu buat bingka. Rasanya lebih kurang macam bingka ubi jer. Hampasnya pula boleh dijadikan makanan lembu.

    Lidinya boleh jadi penyapu atau lidi satay. Daunnya pulak boleh bagi lembu makan. Tandan dan pelepah sawit pula boleh digunakan sebagai sungkupan. Paling terbaru, pelepah kelapa sawit dijadikan sungkupan orang mati dibunuh kat ladang macam dalam berita TV3 tu. Tu kes penat nak gali lubang la tu. Kire sungkup-sungkup je dengan pelepah sawit, senang cerita. Hehehe... ~Sowi terbabas dari cerita asal..

     Banyakkan kegunaan kelapa sawit.. Tapi ada satu lagi yang mungkin korang tak tahu, mungkin jugak korang dah tahu. Rasanya kalau yang memang anak peneroka tu tahu la kut.

Buah sawit yang dah tak digunakan lagi.
       Korang tahu tak buah sawit yang jatuh ke tanah tu lama-lama akan jadi buruk macam gambar kat atas? So, bila dah jadi macam tu, nilai komersialnya dah tak de lagi. Tak de kilang yang nak dah walau seguni pun korang kutip. Diorang nak buah yang masih ada kaler merah merah hitam tu jer. Tapi buah yang buruk macam ni jangan pula terus tak pandang... Memang tak nilai kat kilang, tapi masih boleh digunakan lagi.


Sumber: Google
     Korang pernah buat pelita masa hari raya tak? Selalu kita guna minyak tanah,kan? Haa..kalau korang ada buah sawit buruk ni, tak payah bazir duit beli minyak tanah. Kelapa sawit ni boleh jadi sumber sumbu dan minyak untuk pelita korang.

Sumber: Google
     Tak caya? Cubalah cari sebiji, tarik sikit sabut dia. Bakar. Lepas tu letaklah dalam tin susu yang ditebuk beberapa lubang untuk kemasukan oksigen. Nak lagi cantik, lakarkan dulu objek pada tin. Contohnya, lakaran bunga, bintang atau rama-rama. Tebuk mengikut lakaran tu, mesti cantik punya pelita korang bila cahaya terpancar melalui lubang-lubang yang ditebuk tu. Cubalah!

P/S:  Kelapa sawit tu kena kering la ye... Kalau basah, sampai pagi esok la gamaknya tak menyala-nyala...  
        Hehehe..

{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

salam aida, wah gelak saya baca part buat sungkupan org mati tuh, tak pernah tau pun bijik sawit yg buruk tu boleh wat pelita, welldone aida...

Aida Ab Jalil said...

cubalah watie..mesti cun punya raya nanti..