Click Here!

Bangku laman saya..rustik tak?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 18, 2011

   Selamat pagi semua.. Masih ingat lagi tak entry saya tentang kerusi taman yang konon-kononnya saya nak buat sendiri dari batu dan kepingan kayu? Ala...yang macam gambar di bawah ni..


      Sekarang dah ingat,kan? Ha..Kalau tak ingat lagi, klik je la entry ni. Bukan apa, rasanya tak jadi lah saya nak buat bangku ni lagi pasal saya dah dapat bangku yang lebih cantik lagi. Nak tengok? Silakan lihat gambar bawah ni ye..


     Haa.. Ini dia bangku yang saya katakan tadi. Amacam? Rustik tak? Sejarahnya dapat bangku ni macam mana tau. Biasalah aktiviti kami bila hujung minggu macam selalulah, memikirkan dan membuat idea lanskap taman. Maka, hujung minggu yang lepas sibuklah kami ni ke sana ke sini membeli rumput dan pokok-pokok yang hendak dijadikan sebahagian dari lanskap taman kami tu. Kebetulan pula, minggu lepas kami pinjam van dari member untuk pindah barang dari rumah lama. Jadi alang-alang dah ada van ni, bolehlah beli pokok-pokok yang besar seperti buloh dan calathea (yela kut namanya, bangla nurseri tu yang cakap).

Inilah pokok calathea. Betul ke namanya? Kalau salah tolong betulkan ye..

    Nak dijadikan cerita, balik dari membeli pokok-pokok tersebut lalulah di belakang kawasan kedai-kedai besi. Maka cepat je mata kami ternampak batang kayu ni tersadai di tepi jalan berdepan dengan kedai welding besi. Terus berhenti dan turun tanya tuan punya kedai tentang pemilikan batang kayu tersebut. Yelah, kenalah tanya dulukan. Manalah tahu ada orang yang punya walaupun tersadai begitu.

    Rupa-rupanya memang betullah kayu tersebut milik tuan punya kedai tu. Tapi memandangkan kami ni dah tanya dan dia pun pernah bercadang nak membuang kayu tersebut maka diberikanlah kepada kami. Perghh..Memang bestlah dapat kayu cam ni. Dah la teguh, berira pulak tu. Selamat la kami jumpa dulu sebelum kena buang. Tu la kisahnya bagaimana kami mendapat kayu tersebut.
  

{ 3 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

very da creative..i like!

Anonymous said...

Betul la tu.........fullname dia Calathea lutea..

Unknown said...

cantik.. shelek warna dark brown pun ok.. lebih menyerlah.