Click Here!

Usah biar diri ditindas!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, January 6, 2011

   Hai semua. Beberapa bulan lepas saya telah menghadiri satu kursus anjuran CIDB. Melalui kursus tersebut, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari terutamanya cara menangani penindasan majikan.

   Petang ni saya nak share sikit pasal hak kita sebagai pekerja. Saya percaya ramai antara kita yang tak ambil kisah pasal hak-hak pekerja. Jadi untuk meningkatkan pengetahuan korang dalam bidang ni korang kena la baca entry ni. Manalah tahu.. kalau-kalau satu hari nanti ianya terjadi pada korang atau ahli keluarga korang.

   Situasinya begini. Aminah bekerja di syarikat B di Kuala Lumpur. Setelah beberapa bulan, syarikat B mengarahkan Aminah menandatangani satu surat di mana Aminah dikehendaki untuk bekerja di cawangan luar daerah tanpa ada kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. Aminah tidak sanggup bekerja di cawangan baru lantas mengambil keputusan berhenti kerja. ( Sebenarnya ini adalah salah satu taktik majikan untuk memecat seseorang pekerja tanpa membayar pampasan )

   Sekiranya terjadi perkara seperti di atas, langkah bijak yang perlu korang buat adalah tandatangani surat tersebut dengan pen merah. Minta salinan pendua surat tu dan adukan kepada Pejabat Tenaga Buruh di Ampang bagi jawatan bergaji bawah RM1500. Satu fail kes akan dibuka. Kenapa saya suruh kamu tandatangan dengan pen merah? Warna merah itu akan melambangkan bahawa kamu tidak bersetuju dan terpaksa menandatangani surat tersebut dalam erti kata lain kena paksa rela.

   Jangan risau sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah. Selalunya pekerja melepaskan majikan kerana takut menanggung kos guaman yang tinggi. Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, korang akan diletakkan dibawah kes sivil, kalau tak silap saya. So, korang akan ada peguam dakwa sendiri secara automatik.

   Katakanlah korang menang kes tu... Apa korang akan dapat?

  Ok, segala kos guaman akan ditanggung oleh bekas majikan korang tu. Dan... majikan akan diperintah untuk membayar gaji korang mengikut tangga gaji terakhir yang korang dapat semasa berkhidmat selama proses mendapat keadilan tu berlangsung + dengan bonus setahun yang patut korang dapat semasa berkhidmat selama berapa tahun kes tu berlangsung.

 Mari kita congak sama-sama. Katakanlah kes korang tu makan masa 2 tahun 8 bulan.
  ~Biasalah kan... Mesti ada tanguh-tangguh punya. Bukan leh settle satu hari jer kalau dah masuk mahkamah.

Gaji terakhir korang : RM 1500/sebulan   Bonus setahun : Sebulan gaji

So formula kiraannya:

         Gaji X  Berapa bulan kes = ?
 RM 1500 X 32 bulan = RM 48 000 

Bonus setahun X Berapa tahun kes = ?
          RM 1500 X 2 = RM 3000

Jumlah = RM 48 000 + RM 3000
           = RM 51 000 

Perghhh!! Banyak tu...

Tapi... Kalau korang kalah pulak macam mana?

Haa.. Tuan hakim akan bagi nasihat jer supaya kamu jadi pekerja yang baik. So, lepas ni kalau ada sesiapa yang rasa tertindas, lehpraktikkan ni ye..

{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

baguskan akta ni, semua pekerja perlu tahu hak supaya tidak ditipu oleh majikan..rasanya hari dah email dah add tu tp takper sy buh kat sini jer..

ROSLAWATI BT SHAARI
LUMUT MARITIME TERMINAL SDN BHD
LEKIR BULK TERMINAL
PULAU LEKIR SATU, JLN TELUK RUBIAH,
32040 SRI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL NO : 05-6889166

Unknown said...

info yg btui2 berguna...