Click Here!

Yang cantik tak semestinya mahal

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 14, 2011

     Salam Jumaat... Eh! Dah Jumaat rupanya ye. Sekejap je masa berputar, kan? Sedar tak sedar dah dua minggu kita melalui tahun 2011. Saya makin suka pergi kerja sebab tak terasa sangat masa bergerak. Nanti sedar-sedar dah hujung bulan. Terlalu pantas kan?

    Ok, bukan tu yang menjadi topik hari ni. Cuma saya baru tersedar dah 10 minggu saya di kediaman baru ni. Banyak juga perubahan yang dah kami lakukan di halaman kami, walaupun hari minggu jer masa yang kami ada. 




    Waktu senggang saya, kalau tak dihabiskan dengan membaca novel, pasti berteleku di depan lappy mencari gambar-gambar taman atau lanskap yang cantik-cantik dari internet. Tengok saja gambar-gambar di atas. Teringinkan nak ada lanskap seperti tu? 

   Tapi... mesti besar pulak budgetnya, kan? Jawapan saya.... Tidak semestinya! Ya, tak semestinya kita kena keluarkan belanja yang besar untuk membuat sesuatu yang cantik. Saya berpegang teguh pada prinsip... Kreativiti mengurangkan belanjawan!

     Ok, mari kita kongsi pengalaman. Moga-moga ilmu ni berguna buat korang sume. Saya bukanlah kreatif sangat..Tapi sifat menginginkan sesuatu yang diluar dari budget poket memang tak dapat dinafikan. Nak ada laman menakjubkan memang mudah bagi yang berduit. Upah pereka lanskap. Bagitau je nak taman konsep sekian sekian, lepas tu buat pembayaran sekian sekian. Biar diorang buat kerja. Sampai masa yang ditetapkan, taman pun siap macam yang kita bayangkan. Hati pun berbunga... Tu kalau yang berduit... Tapi macam mana kalau yang tak berduit?

   Haa..Kalau yang tak berduit tebal tu boleh ikut saranan saya ni. Gunakan kreativiti sendiri! Bukan la tak guna duit langsung, tapi kuranglah sikit penggunaannya.

Langkah 1: Jana idea.
Bukak internet. Cari lanskap menarik untuk panduan. Kalau boleh, lihat banyak contoh. Lagi banyak contoh, lagi banyak idea yang datang ke kepala kita. Mungkin kita boleh gabungkan idea dari contoh-contoh tersebut.

Langkah 2: Kenal pasti elemen semulajadi taman.
Kalau boleh ambil masa untuk mengenali ciri-ciri sedia ada halaman kita. Contohnya; Halaman rumah saya banyak batu yang besar-besar. Maklumlah, tapak rumah tanah tambak. So, nak buang batu tu, risiko tanah mendap/ runtuh pulak. Kalau boleh pun, mahal tu nak panggil orang korek. Nak buat sendiri tak terdaya pulak. Maka terpaksa kekalkan je batu besar tu. So, saya masukkan batu tu sebagai elemen semulajadi dalam taman.



Langkah 3: Tetapkan tema.
Ini penting supaya taman seimbang dan serasi. Cari ciri-ciri yang patut ada dalam tema tersebut seperti jenis bunga, jenis batuan dan hiasan. Takde lah bercampur aduk. Kecualilah kalau halaman tu memang luas macam padang bola. Boleh la nak buat lebih dari satu tema. Sudut kanan buat tema jepun, sudut kiri pulak tema english. Belakang buat ala bali, depan buat ala kontemporari. Tapi tu pun kena pandai sesuaikan juga agar nampak kesinambungannya. Untuk taman saya, saya pilih tema taman ala-ala oasis... Pun ok jugak,kan?



Langkah 3: Gerakkan kreativiti anda.
Fikirkan idea dengan menggabungkan elemen yang sedia ada untuk mendapatkan lanskap yang cantik tapi jimat. Kalau boleh buat lakaran agar menjadi panduan kepada anda. Catatkan juga setiap idea yang muncul agar tidak terlupa dan hilang begitu saja. Contohnya; taman oasis saya harus ada pokok palma atau bucida. Palma harganya mahal sangat. Saya dah survey. So, gunakan bucida je.

~Nak dapatkan bucida murah boleh pergi nurseri Evergreen Farm dekat-dekat Hospital Sg. Buloh. Anak bucida setinggi tiga empat kaki camni boleh dapat dalam harga RM35 je. Tawar lagi...saya dapat pokok ni dengan harga RM25 .

   Dah siap taman mesti nak masukkan aksesori/ kerusi untuk duduk-duduk bersantai, kan? Harga kerusi pun mahal jugak. Kerusi simen ferro yang ada penyandar belakang tu pun RM200++ sebiji. Belum masuk water feature lagi. So, kat sini kita kena fikirkan bagaimana nak merealisasikan semua tu tanpa mengeluarkan budget yang besar dan yang paling penting masuk dengan tema. Jawapannya, buat sendiri!! Kat sinilah keseluruhan kreativiti dan skill kita tercabar. Perlu fokus dengan matlamat kita. Gunakan apa yang sesuai yang ada di sekeliling kita. Cari maklumat di dalam internet. Kumpul lagi seberapa banyak bahan. Contohnya; disebabkan tanah saya berbatu-batu, maka saya fikir idea bangku ini bersesuaian dan nampak natural dengan taman.  Lihat gambar di bawah. Ringkas je kan? Tapi sesuai sekali!


 
Langkah 4: Pemilihan bahan
Ok, untuk merialisasikan impian memliliki kerusi taman seperti di atas, kita kena ada batu dan kayu sebagai bahan utama. Batu tu kalau boleh cari je tepi-tepi jalan. Paling banyak boleh cuba intai-intai kat tapak kawasan baru buka. Cari yang sesuai dengan menitik beratkan kesemua aspek seperti kedudukan batu yg seimbang, saiz dan warna. Dah jimat... tak perlu belikan? Kalau nak beli jugak, gi nurseri. Timbang kilo kat sana. Lepas tu kena cari kayu pulak. Di sini, kita kena cari kayu 2nd hand seperti resak/cengal sebab kerusi ni penggunaannya di luar. Mesti gunakan kayu yang tahan cuaca panas dan hujan. Carilah di kedai-kedai yang menjual kayu terpakai. jangan pula kerana nak berjimat sangat, pakai kayu murah yang tak tahan cuaca tu. Nanti tengah duduk-duduk, patah pula. Dah satu hal nak ke hospital pulak. So, fikirkan soal keselamatan juga ye.

Langkah 5: Penghasilan idea
Ni langkah terakhir. Bila dah ada semua bahan yang diperlukan, boleh la mulakan kerja-kerja yang sepatutnya. Kerja ni kena lakukan dengan minat dan kesungguhan. Perlu juga kemahiran basic tentang penggunaan alatan seperti drill, tukul atau alatan lain yang diperlukan semasa penghasilan idea. Sebenarnya yang paling penting adalah usahasama kedua belah pihak suami isteri untuk merealisasikannya. Kalau sorang je yang semangat memang tak terbuat.

Kat sini kita boleh jimatkan duit untuk bayar khidmat pro pereka dan juga harga benda-benda yang tak patut beli di kedai seperti batu.
Ok, tu jer la yang dapat saya kongsikan hari ni.

{ 2 komen... read them below or add one }

MAMA Hasinah_Hami said...

saya tngah semangat utk buat deko laman rumah nih..tngah2 goggle..ter terjah kat sini menarik gak..ekk...

sheila mutalib said...

Nak buat landskap? Tapi tak de masa nak uruskan?

==========================
JOM DAPATKAN RUMPUT TIRUAN
==========================

Kelebihannya:

➜ Tahan lama dan warna tidak pudar dengan mudah..
➜ Tahan hujan dan panas
➜ FREE maintenance.
➜ Alternatif yang sesuai di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang sedikit atau tiada langsung.
➜ Sentiasa hijau dan tiada masalah lumpur
➜ Lembut dan selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
➜ Jaminan 5 tahun ketahanan warna

http://spjlandscapeconstruction.blogspot.com/2013/09/rumput-tiruan-artificial-turf-synthetic.html