Click Here!

DIY Meja Batu

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, January 25, 2011


  
     Salam semua. Pagi ni saya nak kongsi lagi projek DIY yang baru siap Sabtu lepas. Kali ni saya buat meja untuk minum-minum petang. Nampak tak batu-bata dan batu penutup longkang tu? Percaya tak semua tu kami kutip? Dah tahu dah mesti korang tak percaya kami kutip je batu-bata tu. Memang kami kutip pun di belakang bangunan kedai siap. Untuk pengetahuan korang, berjalanlah di belakang-belakang kedai di mana kawasannya baru dibuka kepada orang ramai. Pasti korang tak percaya bila tengok banyaknya benda terbuang yang korang boleh guna pakai semula. Contohnya macam batu-bata lebihan ni lah. Harus diingat ye...Jangan sesekali mengambil sesuatu yang letaknya di tepi pintu belakang atau yang masih berada dalam kawasan premis. Itu mencuri namanya. Tapi kalau dah nyata dibuang luar dari kawasan premis, bolehlah diambil.

   Batu penutup longkang tu pun bukan kami curi dari mana-mana longkang. Batu tu kami jumpa berdekatan tempat memunggah batu dulu. So, agak-agak ada la dalam 5 keping. Tak mampu nak bawa balik semuanya. Satu ni pun dah berat yang amat dah.



  Kali ni kita nak buatkan meja untuk kita minum sambil santai-santai hirup udara petang. Ingat lagi tak dulu kita dah ada bangku rustik, kan? So, meja pun kenalah padankan juga dengan tema rustik. Rustik ni bersifat sesuatu yang asli tanpa kemasan akhir. Kiranya kalau kita guna batu-bata tu tak payah dah nak plaster kat luar. Biar dia natural je.

   Ok, mula-mula kena la cari lokasi yang sesuai nak letak meja tu. Ini sebab meja tersebut akan berkedudukan tetap. Untuk projek ni, kami ratakan dulu tanah untuk tapak meja. Tujuannya korang pon faham la kan, kalau meja senget tumpah la air nanti.

    Setelah pasti tanah betul-betul rata, bolehlah atur batu-bata tu. Nak tahu rata ke tak, guna pembaris yang ada water level tu. Susun batu bata secara bersilang untuk mengukuhkan kedudukannya. Kami tak guna simen untuk projek ni supaya senang kalau nak ubah kedudukan meja tu. Tapi kalau rumah ada anak kecil, nak pulak yang tengah lasak... baik simenkan elok-elok agar tak mendatangkan kecederaan yang tak diingini pulak nanti.

Bila tengok sarung tangan putih tu teringat pulak kat satu dialog Raja Lawak minggu lepas.
~ "Kenapa MJ pakai sarung tangan sebelah je?"
~ "Sebab kalau pakai dua belah nampak macam pekerja kontrak." Hahaha..
    Lepas siap aturkan batu-bata menjadi tapak meja, bolehlah letakkan batu tadi. Berat batu ni. So, masa angkat kena hati-hati dan pastikan ianya seimbang.

    Dah siap pun meja kita. Sekarang dah boleh minum-minum.. Ops..Belum siap lagi. Takkan togel camtu je meja tu. Tak artistik langsung.


     Ok, kita tanam la sikit pokok bunga bagi meriah tempat ni. Pastu bolehla angkat batu-batu yang kita angkut dulu tu. Letakan kat tepi-tepi sebagai elemen hiasan. Batu-batu tu pun kalau disusun elok-elok boleh juga dijadikan tempat duduk. Yelah.. Bila dah ramai-ramai, takkan semua nak duduk kat atas bangku tu...Patah la dia,kan? Ok, bab menambah hiasan tu kita sambung episod seterusnya dalam entry The Making of Rustik Garden. Eceh.. Speaking omputih la plak..


{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

ptg2 lepak2 kat situ sambil makan cekodok pun best kan...

Aida Awie said...

a'ah laaa...mkn cekodok pon best kan? ok, petang ni nak try makan cekodok kat situ la. mana tau dapat ilham lain plak..