Click Here!

Terbaik dari ladang !

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, January 25, 2011


Eh..eh..Nak ke mana ni? Apesal sampai masuk ladang kelapa sawit ni?
   ~Haa.. Kata nak cari bahan untuk Rustic Garden? Kat sini la. Kat sini banyak sangat boleh dapat pokok free. Hihihi... Pokok sarang langsuir..Isk..Seram plak bunyinye. Tak mo la sebut tu. Kang datang plak dia malam kang... Kita panggil je pokok bird nest ok?


        Tengok tu... Pokok bird nest ni kalau kat nurseri jual dalam rege RM45. Yang besar cam ni le. Tapi kalau gi cari kat ladang, free je. Lagipun kalau kita ambil ni, tuan ladang tak marah. Pasal diorang pon buang jugak pokok ni. Pokok ni kan spesis parasit. So, kalau pokok ni bertenggek kat pokok kelapa sawit tu, habislah segala zat perumah tu diserapnye. Ok, kita tengok je cam ne suami saya gigih nak mencabut pokok bird net ni dari perumah.


Haa.. Dah dapat pun. Sekarang giliran saya pulak nak membersihkannya. Kena potong semua daun-daun kering dia. Tak la bersepah sangat. lagipun kena check jugak mana tau ada semut dah buat sarang kat busut dia tu. So, kalau ada semut, kena buang dulu. Tak yah bawak balik semut-semut tu. Kang habis rumah kita.



Pastu, on the way nak naik motor terpandang la pulak kat paku pakis tepi jalan ni. Cam cun jugak buat selit-selit tepi bangku tu nanti. Ambik la sikit.

{ 5 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

ish3...kalo dekat dah mintak sepokok dah tu....hehe

Aida Awie said...

yela, kalau duduk dekat saya dah hulur sepokok..pastu tarik awak sekali gi masuk ladang sama2 cari pokok tu..hehe

aini said...

salam..mcm mane ye nk transfer pokok paku pakis tu ke dlm polybeg? saya pernah transfer tp mati pulak pokoknye..time nk amek paku pakis tu, kene amek bahagian mane ye?

aini said...
This comment has been removed by the author.
Aida Awie said...

salam aini.. pakis kalu ikutkan senang hidup. kalau transfer ke polibeg pastikan ada akarnya dan selalu siram. 2 mggu pertama letak tmpat redup dulu.