Click Here!

Dah besar pun semuanya..

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, January 11, 2011

      Hari ni nak update sikit pasal kebun mini belakang rumah saya tu.. Dah lama tak pergi membelai dan bercakap-cakap ngan diorang. Asyik-asyik la dok layan taman depan. Merajuk gamaknye diorang eh? So, Petang semalam gi le jenguk jap amik hati..

     Wah..dah makin membesar pokok-pokok saya. Betul la kata mak saya, kalau nak tengok proses pertumbuhannya jangan jenguk selalu. Nanti kita tak perasan sangat. Jenguk sesekali bila dah lama tak tengok. Baru la nampak perubahannya. Makin besar ke..makin kecut ke..

     Yea..yea..Seronok sangat sebab labu saya dah pun keluar bunga. Lepas keluar bunga, jadi buahkan? Tapi kumbang merah tu banyak sangat la. Kesian kat bunga labu tu. Entah sempat jadi buah entahkan tidak.


      Ni pula pokok kacang botor saya. Dah besar sikit dan dah keluar sulur. Nanti balik nak buat para bagi sulur dia memanjat naik.

Pokok kesum semakin gemuk. Suke sangat! Tapi saya masih tak belajar lagi cara buat laksa yang best dari Kak Ngah suami saya. Bila lah nak belajar ni? Teringin dah tekak ni..

Daun sup pun hidup jugak. Tak sia-sia gi cucuk masa hujan lebat hari tu,
punyalah takut akar die mati.Hihihi..

Gambar terakhir ni pula anak bunga kobis dan lobak merah. Banyak-banyak yang disemai hari tu, yang ni jer hidup. Kira ok la dari tak de langsung kan?

    Ok, ni jer gambar yang sempat snap. Pokok-pokok lain pun membesar dengan jayanya. Pokok keladi pun dah besar. Keladi minyak tu mak saya yang tanam. Mak saya suka sangat gulai masam keladi. Saya dah tak makan batang keladi ni, sejak gatal tekak dulu. Terus fobia..

{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

rajin bercucuk tanam yer..nanti balik nak tgk belakang rumah apa dah jadi...hehe

Aida Awie said...

haha..dalam usaha mengurangkan pengaliran poket ni watie...
balik nanti tengok blkg rumah tu jgn lupa snap gambar sekali..boleh sharing kt blog ye..hihi