Click Here!

Sanggup jadi pengutip untuk realisasi idea taman

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, January 17, 2011

     Tak habis-habis lagi dengan idea laman ni. Petang Jumaat lepas sampai je kat rumah suami dah ajak pergi tengok satu port best. Katanya saya mesti suka kalau tengok tempat tu. Tempat ape? Dia bagi hints ada kena mengena dengan taman. Puas da pikir, last-last surender je la. Malas pikir lagi, penat balik kerja tadi pun tak abis lagi. So, dia kata tunggu esok je la kalau nak tahu.

    So, esoknya pagi-pagi lagi kami dah keluar dengan Kenari kitorang. Sebelum tu suami dah siap-siap masukkan besen, cangkul, guni dan skop tanah dalam kereta. Lepas kunci rumah dan pagar, kami gerak la ke destinasi yang dikatakan best tu... Belok masuk ke Puncak Perdana, ke belakang sikit dari kampus Uitm akhirnya kami pun sampai...


    Tu dia... Memang bestlah tempat ni. Tempat kutip batu free paling best setakat ni. Hahaha... Ni yang makin sayang kat suami saya ni. Macam tau tau je bini die tengah merancang nak cari batu cam ni. Macam-macam bentuk ada, macam-macam saiz boleh dapat. Walla!


    Seperti biasa, suami saya la yang jadi tukang angkat batu tu. Kalau besar, kami angkat berdua. Kenari kami ni memang banyak tul jasanya. Tengok la sekarang ni dah jadi cam lori pulak, angkut batu pasir segala.


     Lepas settle angkat batu merah, kami gerak satu tempat lagi. Kat sini pulak batu-batu kerikil putih yang besar pulak kami angkut. Tengok tu..Tak muat bonet, belakang seat pun jadik. Batu kecik ni angkat sikit je. Kang overload pulak. Lepas ni ada satu lagi port best katanya. Nak gi sodok pasir pulak katanya. Patut la siap-siap bawak besen ngan cangkul bagai rupanya dah plan baek punya.

     Ok, dah sampai tempat ambil pasir. Kawasan ni tepi jalan je. Kalau orang yang malu-malu tak boleh buat kerja cam kami ni. Pasir ni memang dah lama sangat terlonggok kat sini. Siap dah tumbuh rumput lagi. So tujuan pasir ni diambil adalah untuk kegunaan semasa menanam rumput di bahagian tepi laman nanti. Selain tu boleh jugak guna untuk campuran dengan simen nanti. Cerita simen tu saya akan cerita kemudian la. Bila projeknya bermula nanti.


   Dah siap angkut batu dan pasir ni, kami balik dengan kereta yang penuh. Overload sikit sampai terpaksa jalan slow-slow. Jam 12.30 tengahari tu perut memang dah keroncong sakan dah. Singgah makan tengahari kat restoran Sukamari kat Alam Budiman. Suami saya makan nasi, saya makan bihun sup. Waw! Bihun kat sini memang best. Sambal cili hitamnya betul-betul terangkat!! Memang betul-betul best la Sabtu kami hari tu.

{ 4 komen... read them below or add one }

MaSLiNa said...

wahh.. kreatifnya korang nih.. mcm tak caya je sanggup mengangkut mcm ni. Nanti kalo dah siap taman tu jgn lupa upload gambar ye? :D

Aida Awie said...

ye mas, memangkami macam ni. suka mengangkut. naseb tak de bisnes angkut-angkut servis je..hehehe...

norazman said...

wahh...teringat masa dulu-dulu..saya dan isteri pernah buat kerja2 punggah memunggah nih ..tahniahlaaa ....hanya jauhari yg mengenal manikam.

Aida Awie said...

yeke azman.xsangka ada member seangkatan.. minat tidak menghalang kita menjadi apa saja.