Click Here!

Projek Keceriaan Sekolah

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, January 8, 2011

    Pagi ni plan kerja di rumah semua tergendala. Kena dahulukan kerja di sekolah suami saya dulu. Yelah, tolong suami saya yang sedang buntu fikir macam mana nak hias dinding laluan ke kelas untuk projek keceriaan sekolah. Tu tugasan yang diamanahkan kepadanya. Bukan dia sorang saja, semua guru terlibat sama. Masing-masing ada tugasan tersendiri.
   
     So, fikir punya fikir punya fikir..Eh, berapa kali fikir daa.. Dapatlah idea ni..Lepas tolak idea buat mural sebab tak de budget besar dan idea spray paint sebab idea tu dah tak de orang pakai lagi dah. Maka saya dengan yakinnya mengutarakan pendapat untuk menampal sticker yang berlambak di pasaran sekarang ni.

    Yes! Idea diterima. So, apalagi.. Mulakan dengan mengecat dinding dulu kasi clear semua tapak kasut budak-budak yang ada kat situ.

Penuh kosentrasi suami saya mengecat. Kena buat 2 layer sebab kesan tapak kaki budak-budak tu masih nak inter frame lagi.

Saya cat bahagian tepi-tepi jer...Kasi kemas sebelum suami guna penggelek.
    Lepas siap mengecat, kami keluar cari sticker yang cantik dan menarik lagi de boom. Jumpa je sticker tu, cepat-cepat bayar dan balik semula ke sekolah untuk pemasangannya pula. Kena cepat ni sebab nak balik rumah untuk jalankan misi laman pulak.  
Pemilihan sticker dibuat oleh suami saya.
    Ok, sampai sekolah cat tadi dah pun kering. Rancang bahagian yang nak ditampal dulu. Suami saya nak sticker tu ditampal menjadi border je. Sebab nanti akan ada carta pembelajaran ditampal di bahagian tengah. So, layan je gambar-gambar kat bawah ni.
 





   Ok, dah siap! Amacam cun tak? Senang je kan? Pesanan saya buat suami... Lain kali jangan pening-pening... Zaman sekarang kena kerja dengan bijak, bukan lagi kerja kuat.

{ 2 komen... read them below or add one }

QASEH MANSYA said...

wah...rajin abg awei dan ko menghias sekolah...bagus....

Aida Awie said...

yes..demi sekolah ku tercinta!