Click Here!

Terbaik dari ladang 2.. Nyaris dikejar lembu !

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 25, 2011


         Sejuk je mata memandang. Hijau betul paku pakis ni. Kalau la laman penuh dengan pakis ni mesti cun habis la. Tapi gayanye macam nak hidup kat tempat redup je... Kat bawah pokok kelapa sawit ni memang best punya port la. Redup + angin sepoi-sepoi + sunyi sepi... Kedamaian.

        Haa.. Ini adalah aktiviti mencari pokok bird nest dan pakis versi petang pulak. Siap bawak kereta lagi. Pagi tadi datang sini dengan motor je, tak puas nak ambil banyak. Boleh bawak satu je pokok. So, tu yang turun meredah sekali lagi versi petang pulak.




          Agak-agak la kan..Nak kami buat apa dengan tandan sawit tu? Kalau nak tahu, tandan sawit ni boleh jadi sungkupan yang baik untuk pokok. Letak je kat pangkal pokok dan ianya akan mengekalkan tahap kelembapan tanah di sekeliling pangkal pokok tu dan sekaligus mereput menjadi humus.



    Dah settle kerja-kerja mengambil pakis dan sungkupan, kami gerak pula mencari pokok bird nest. Kali ni memang bernasib baik, kat satu kawasan je kami dapat tiga pokok dengan saiz yang berbeza.  Ada la variety sikit. Cara nak mengambil pokok ni, senang jer. Kalau tinggi kena jolok dengan kayu sampai jatuh. Tapi susah sikitla pasal pokok ni memang mencengkam kuat kat batang pokok kelapa sawit tu. So nak kena ada kesabaran jugak. Dapat dua tiga pun dah heaven habis da rasanya...Ni pulak dapat bawak balik lima pokok. Memang walla lah!



        Lepas aktiviti menjolok pokok bird nest, kami pon keluar la nak balik. Bertembung pulak dengan sekumpulan lembu ni. Saya dok la snap beberapa keping gambar, tak teringat pakai baju kaler merah. Tau pun sebab suami saya suh masuk kereta, dia dah terperasan sekor lembu tu dok la tenung saya tak berkelip. Naseb tak kena kejar. Kalau tak..haru! Hehehe..


      Kalau nak tau, tu la lembu yang dok tenung saya tu. Kecik je. Lembu-lembu arah ke lain, dia arah ke lain. Sibok je nak enterframe dalam blog saya ni. Hihihi..

{ 0 komen... read them below or add one }