Click Here!

Layan blues tepi pantai

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, January 4, 2011

        Hujung minggu lepas sama dengan cuti tahun baru. Tak ada apa sangat pun yang menarik hari tu. Pagi-pagi kami keluar bersarapan. Lepas tu kami pergi cari batu terbuang untuk laman kami. Selesai angkut batu, terfikirlah pulak nak membersihkan keliling rumah.

       Yelah, cuti-cuti cam ni lah nak mengemas apa yang patut. Lagipun semakin ramai pula yang tak segan-segan membuang segala perabot rosak di tepi pagar kami ni. So, harus banteras segera. Kalau tak, jadi tempat pembuangan sampah la jawabnya rumah saya ni.

      Kami angkut sofa buruk yang tersadai tepi pagar tu untuk dibuang ke tempat pelupusan sampah. Kayu-kayu perabot dan daun-daun kering yang berselerakan atas rumput tu kami longgokkan setempat dan bakar. Sekurang-kurangnya dapat jugak menghalau nyamuk yang berkeliaran akibat diganggu kawasannya. Ada juga beberapa orang jiran datang menjenguk. Tumpang berborak kosong dengan suami saya. Saya pula sibuk menyangkul segala benda yang menyumbatkan saliran longkang. Dengan daun-daun kering dan ranting pokoknya, dengan kayu pembinaan lagi. Macam-macam ada... Tikus, katak, nyamuk, ulat gonggok, kerengga... semua adalah! Yang paling geli sekali, cacing merah halus yang panjang sejengkal tu. Eii..banyak tul. Dalam segenggam ade kut cacing tuh.. Eiiiyakk!!

      Jam 12.45 tengahari barulah selesai semuanya. Muka dah merah-merah. Perut pun mula terasa lapar. Tanak nasi dulu, pas tu jenguk kat kebun belakang. Petiklah dua tiga pucuk labu tu. Kebetulan suami saya ada beli labu semalam dengan ikan tongkol. So, menu kami tengahari tu sayur lemak putih labu dengan pucuk labu.. dan ikan tongkol goreng cili. Perhh! Nikmatnye rase..Alhamdulillah.

     Lepas makan apalagi, biasalah...layan tv je sampai petang. Dalam kul 5.15 cam tu suami ajak pergi Jeram. So, bercanda plak kat Jeram sampai maghrib. Haa..Mana tak penatnya kalau dah seharian mengemas dan berjalan. Haruslah saya tertidur jam 9 malam. Maka tinggallah suami saya tengok bunga api kat tv jer... sambut tahun baru 2011.

     So, layan ler gambar kami layan blues tepi pantai Jeram yang airnya tak pasang-pasang sampai kami balik. Tengok tukun dan kulit siput je lah gamaknyee....











{ 0 komen... read them below or add one }