Click Here!

Syok gak citernyer...

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, January 6, 2011

Saya punya tempat J13 dan J14. Alahai..mendongak la gamaknye.

Sempat snap pic ni masa dok beratur beli air ngan cekedis
     Ni cerita malam semalam...Kami pergi tengok movie Season of the Witch di e@Curve, Mutiara Damansara. Lama dah tak datang sini, sekali datang meriah betul dah tempat ni. Dulu masa kami duk Kota Damansara memang sellau layan midnight movie. Tapi sejak-sejak dah pindah jauh ni...tak kuasa dah. Baik layan DVD je kat rumah.

   So...dijadikan cerita, kami gerak dari rumah lepas maghrib, dalam kul 8.10 jugak la. Sampai kat sana ngam-ngam kul 9.00 malam. Pergi collect tiket dulu dari booth Nuffnang, pas tu beratur pulak beli air ngan cekedis. Naik tingkat atas, bersidai jap kat kerusi urut tu sementara tunggu hall bukak.

   Dalam 10 minit lagi sebelum kul 9.30 malam, lampu hall 10 tu dah pun on tanda hall da bukak. So, boleh la beratur masuk. Kami masuk pas tu gilir-gilir gi tandas dulu. Kang dah start citer nak gi tandas tak best. Ade citer yang tertinggal. Ramai jugak malam tuh. Emm..macam yang dah diagak, memang tempat duduk kitorang sah kena mendongak. Line ketiga dari bawah. Tapi nasib baik la tak duduk tepi sekali. Kalau tak memang sakit leher la gamaknye. Hehehe..

    Ok, citer dah nak start. Handphone tukar silent mode. Memasing bagi tumpuan penuh pada skrin. Chinese boys dua orang sebelah aku tu pun berenti menyungah cekedis. Perghh..punya la bagi tumpuan penuh sampai berenti makan minum. Permulaan cerita menarik, pertengahan ada sikit-sikit aksi dan kejutan dan akhir cerita paling best. Kiranya citer ni memnag best lah dan yang penting, suami saya kata leh layan...sebab tak de la aksi bercinta sangat. Cuma ada sikit scene nude di akhir cerita. Tapi tak de la nampak yang sensored-sensored tuh. Citernyer tak yah la saya citer kat sini ek, kang tak best lak korang nak tengok, kan?

   Lepas habis movie, terus tuju parking. Masuk kereta dan balik. Tak de lencong-lencong memana dah. Jam pun dah pukul 11.15 malam. Esok nak kerja kuar pagi-pagi. Kang ada yang tak bangun gi kerja esok kang. Ok, tu je la citer saya pagi ni. Kesimpulannya, movie tu memang patut korang tengok. Memang best !! Tak caya tengok muka saya kat bawah....



Haa...Kan senyum je tuh? Tandanya best la tu.



{ 1 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

lau gitu nak kena tgk gaklah..lama dah tak masuk panggung nih..