Click Here!

Menanam pokok buloh...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 18, 2011

    Ok, ni pokok buloh terbaru yang kami beli. Geram pulak tengok pokok ni kat nurseri tu. So, angkat satu RM18 dari nurseri Evergreen Plantation tu. Pasu pulak beli dari nurseri lain. Dekat-dekat area rumah je. Saiz ni, RM18 tapi bangla tu bagi RM17. Dapat tawar RM1 pun jadi ler..hihihi..

    Balik rumah, apalagi... Tanam le dalam pasu. Saya suka betul pasu ni. Rendah dan bermulut lebar. Sesuai sangat le nak tanam pokok buluh. Ok, kali ni semuanya beli, pokok buloh, pasu & rumput kecuali tanah. Tanah kami angkut kat tepi jalan jugak. Banyak orang buang tanah tepi jalan, selalunya kontraktor rumah la. Tengok gambar kat bawah tu, banyaknye tanah free. Tak yah beli kat nursery ok. Mahal!

 

     Kerja tanam menanam ni selalunya kerja saya la. Haa, dah buang polibeg, letak pokok di kedudukan yang seimbang. Masukkan tanah sampai penuh pasu, sedikit baja tahi ayam dan tabur sedikit pasir di atasnya. Pasir tu tabur sebab nak tanam rumput. Suami saya nak ada rumput kat bawah pokok buloh. Ok, saya ikut je.


    Carikkan rumput tu dah letak meliputi keseluruhan mulut pasu. Macam ni bila rumput tu gemuk nanti, cantik je. Tak de la nampak tanah. Lagipun boleh la nampak kontras dengan warna pasu tu. Terpulang. Kalau nak lebih kreatif lagi boleh tanam tanaman tutup bumi jenis lain seperti rumput kacang atau rose jepun seperti dalam majalah LAMAN edisi Bumper 2010. Banyak je idea kat dalam tu.

    Tadaaaaaa!!! Dah siap pun. Senang je, kan? (Sila abaikan pemandangan yang tak semenggah kat belakang tu ye. Hihihi...)


Tips: Untuk rumput tu jangan guna baja tahi ayam, tak cantik sangat. Guna baja 15:15:15 warna merah. Tak caya, tengok rumput kat atas tanah dalam gambar no. 2 tu. Lebih hijau dari rumput yang beli di nurseri.

{ 5 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

tangan aida mmg menjadi tp tangan sy panas skit, lau tanam pape mesti tak lama....hehehe

Aida Ab Jalil said...

tak jugak watie..ade jugak yang mati..huhu..

Anonymous said...

biasanya buluh siam ni cepat membesar,...so lama kelamaan pasu itu akan pecah (from my experience)

Unknown said...

Boleh ke pokok buluh ni ditanam dgn keratan batang???

Unknown said...

Boleh ke pokok buluh ni ditanam dgn keratan batang???