Click Here!

Jadi cikgu jap. Ops! kerani resit jer...

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, January 3, 2011

      Semalam pagi-pagi, time jiran-jiran kami dok sedap lagi lena kat katil kami dah keluar rumah. Hari Ahad nak ke mana pulak pagi-pagi dah keluar?

   Nak ke sekolah..Suami saya kan seorang guru. Semalam hari pendaftaran murid dan orientasi tahun satu. Saya pun ikut sekali. Saja nak menyibuk kat sekolah die. Nak meramaikan dan memeriahkan lagi suasana sekolah tu. Hihihi...

   Saja nak berkenalan dengan cikgu-cikgu sekolah baru suami saya tu. Yelahkan..Kenalah kenal siapa kawan-kawan suami kita. Sambil-sambil tu suami saya minta tolong dia masa pendaftaran tu nanti. Tak lah kelam kabut sangat dia bila diserbu ibubapa yang datang nak bayar duit yuran sekolah tu. Emm.. Best gak eh jadi cikgu ni. Macam-macam orang leh kenal. Yelah..Kenal ngan mak pak anak murid tu ler.




Ha..Ni suami saya curi-curi snap masa saya sibuk tuliskan resit.

Ni pulak suami saya yang dok ngalahkan GB jer lagaknyer.

   Tak ramai sangat ibubapa yang hadir hari tu. Mungkin masih bercuti lagi kut. So, tengahari dalam jam 12.45 petang kami tutup kaunter dan balik. Suami saya kena serah duit yuran di pejabat sekolah, so saya pi strt enjin kereta dulu la. Masa nak ke kereta tu, sempatlah snap lanskap taman sekolah yang cantik ni. 


Sorry pic ni agak gelap sikit. Tapi nak tunjuk
saya suka pokok yang macam daun pisang tuh jer.

Yang ni susunannya kemas sikit. Kalau saya belajar kat sini,
kompom saya ajak member kelah kat atas rumput tuh masa rehat.

                              


{ 2 komen... read them below or add one }

zulkbo said...

salam..
ada talent jadi GB
hubby tu..insyaallah
he he..selamat bekerja
buat kalian berdua..

Aida Awie said...

salam dan mekaceh zulko..
ada talent eh jadi GB? hihihi..