Click Here!

Berfikir secara kreatif

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, January 18, 2011

     Pernah tak tengok orang bagi gubahan bunga dengan stand masa majlis? Selalunya majlis-majlis pembukaan kedai la. Lepas seminggu dua majlis tu agak-agak korang kan, apa jadi kat gubahan tu ek? Kalau gubahan bunga hidup mesti la layu, betul tak? Kompom la lepas dah layu tu tokey kedai suruh pekerja dia buang. Macam tu jelah riwayat gubahan tu tamat. Singkat sangat waktunya sebagai penyeri majlis sedangkan berpuluh malah beratus ringgit dihabiskan untuk membelinya.

     Tapi... korang tahu tak stand ni boleh digunakan sebagai alternatif lain? So, memandangkan otak saya suka melihat sesuatu dari perspektif lain, maka saya kutip la stand ni. Ok, meh sini saya nak tunjukkan apa yang saya buat dengan stand bunga tu.


    
      Haa... boleh jadi para-para atau tempat pokok kacang saya melilit kan? Tak payah dah nak buat para sendiri atau beli di kedai. Lagi pun besi stand ni tak karat sebab besinya disalut cat putih tu. So, selamat untuk pokok.

    Saya percaya banyak lagi kegunaan lain boleh kita hasilkan dengan mengadaptasikan design stand tersebut seperti:-

1. menjadi rangka untuk terendak lampu

2. tempat gubahan bunga di tepi pelamin
 
 3. menjadi tempat gantungan topi/ aksesori di bilik


   Banyakkan? Jadi berfikirlah diluar kotak dan jadilah orang yang kreatif dan inivatif. Fikir dulu sebelum membuang sesuatu. Pasti ada yang boleh dikitar semula.




{ 0 komen... read them below or add one }