Masa kat pantai, tak de aktiviti lain melainkan makan-makan dan main layang-layang. Memang ramai yang datang berkelah satu family kat pantai ni. Masing-masing ambil kesempatan cuti Krismas untuk bawa keluarga jalan-jalan makan angin. Cerita pasal main layang-layang, kami pun tak lepaskan peluang untuk turut serta. Suami saya yang beria sangat ajak main layang-layang ni. Nak release tension katanya. Maklumlah...Isnin nanti dah naik sekolah. Nanti dah mula kerja memang tak de masa nak main-main cam ni katanya. So, dia pun belilah layang-layang kat satu kedai di situ. Main sampai puas dari jam 5.00 sampai 6.30 petang. Angin kuat, tu yang best main layang-layang tu.
Mula-mula beli bentuk helang. Tapi helang kami ni naik tak nak tinggi. Asyik kecundang ke kiri jer. Agaknya helang kami ni jenis yang gayat kot...
Ambil gambar sket...ngan layang-layang helang. |
Boleh tahan la...Tapi sekejap jer, pas tu jatuh terjunam. |
Huii..yang ni memang best! Boleh naik tinggi dan maintain jer..Seronok jugak main layang-layang ni yer?
Ok, keja banyak kat opis hari ni. Tak de mase nak menceceh...Layan gambar je yer..
Bangga je dapat layang-layang pari.. |
Saya pun main sama..sambil duduk2 tepi batu |
Tinggikan layang-layang kami? |
Suami saya pun senyum sampai telinga bila layang-layang die naik tinggi.. |
{ 2 komen... read them below or add one }
romantik gitu sambil tgk laut sambil main lelayang...hehe
lain kali nak bli layg2 pari la,..bab leh tbang tinggi dr helang..hihih
Post a Comment