Click Here!

Gambaran taman impian saya...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, December 10, 2010

   Setiap orang pasti ada citarasa tersendiri dalam memilih tema taman. Bagi saya, saya sangat-sangat meminati tema rustik dan taman inggeris. Sebab apa saya sukakannya? Mudah saja jawapannya, kerana tema tersebut selari dan boleh digabungkan bersama.

Rumah burung yang diperbuat dari kayu tanpa sebarang kemasan akhir.
     Pernah dengar peppatah ' Buruk itu seni'? Pasti pernahkan. Ya, yang buruk tak semestinya tiada harga. Yang buruk itu adakalanya mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Mengapa saya meminati kedua ciri-ciri ini? Ianya adalah kerana ciri-ciri rustik bersifat jati diri, menggamit nostalgia, dekat dengan alam semula jadi selain tidak menggunakan sebarang kemasan akhir. Contohnya,  kemasan kayu mentah tanpa cat dan diketam, simen lepa dan batu sungai serta kerikil yang tidak digilap.

   Manakala ciri-ciri taman inggeris adalah mempunyai bunga yang halus, comel, berwarna-warni dan berbau wangi. Saya juga sukakan perabot kayu yang dicat putih dengan ira kayu yang jelas kelihatan. Kesemua ciri-ciri ini menggamit memori saya sewaktu zaman kanak-kanak. Sedari kecil, saya suka membaca buku-buku cerita yang mempunyai ilustrasi taman yang berwarna-warni.

Kereta sorong pun boleh jadi tempat menanam bunga

   Saya juga gemar menonton filem-filem yang dilakonkan di negara eropah kerana rekabentuk kediamannya yang mesra alam. Penggunaan batu-batuan sebagai dinding dan tembok serta tanaman sekeliling yang sejuk mata memandang. Namun saya akui bukan semuanya sesuai dengan iklim di negara kita.




    Antara elemen-elemen taman yang boleh diaplikasikan di dalam taman inggeris rustik.






   Ok, rasanya dah cukuplah cerita mengenai taman impian saya buat masa ni. Apa kata kamu pula ceritakan mengenai taman impian kamu di ruangan komen pula.   


{ 0 komen... read them below or add one }