Ok, tak mau buang masa lagi..Saya nak mulakan dengan hari Jumaat lepas. Keluarga sebelah suami saya datang berhimpun. Sesaja jer kami berlonggok sementelah cuti sekolah pun dah bermulakan? Anak-anak buah dok sibuk merancang nak menjelajah KL. Umi, ayah mertua dan adik ipar saya, petang Jumaat dah sampai di rumah. Disebabkan saya bekerja dan suami saya tengah bercuti sekolah, maka suami saya sajalah yang menyambut mereka di rumah.
Umi kalau datang ke rumah anak menantu, habis semua jenis tanaman kat keliling rumah dia nak bawak. Yelah kan...kat bandar ni mahal. Pucuk ubi seikat RM2..tu pun dapat yang tua jer..So, nak makan sayur kampung, bawak jer dari kampung.
Tengok tuu..banyakkan terung dan pucuk ubi yang umi saya bawak |
Mula-mula, rebus cili kering untuk buat cili bow. Suami saya tak suka saya masak guna cili bow siap, adakala cili bow tu rasa agak masam. So, saya memang blender sendiri jer.
Air cili boleh digunakan sebagai racun organik untuk serangan kulat pada tumbuhan. |
Seeloknya terung digoreng dengan minyak banyak untuk masak sama rata. |
Setelah cili masak, tapis cili dan bilas di bawah air. Ini untuk membuang biji cili yang berlebihan. Blender cili dengan bawang besar. Gunakan banyak bawang besar untuk memaniskan sambal secara semulajadi ye. Nanti tak payah la letak gula banyak sangat. Tumis cili bow dengan bawang blender tadi sampai naik minyak.
Bila sambal dah naik minyak, masukkan sikit gula, garam dan sos tiram. Akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan hidang.
Taraa..dah siap dah. Senang jer kan? |
Goreng sampai garing ye.. |
Perap ikan dalam putih telur selama 5 minit. Lepas tu pupuk-pupukkan tepung goreng KFC. |
Emm..perut dah lapar.. |
Udang celup tepung.. |
Sayur kacang masak paprik |
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment