Click Here!

Laporan MAHA 2010

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 1, 2010


   Alahai...dah basi dah laporan saya. Ni sume sebab cable phone yang hilang. Rupenye anak buah saya terbawa balik. Tulah kalau dah barangnya sama. Lepas ni nak letak nama kat cable tuh, tak la tertukar lagi.
 
   Ni haa nak cerita, saya pergi MAHA hari Sabtu lepas. Gerak dari rumah agak lewat jugak sebab nak menyiapkan kerja rumah mana yang patut dulu. Kami pergi tak ramai, cuma umi, adik ipar, dua orang anak buah dan kami suami isteri. Penuh jugaklah kenari kami tu. Ayah mertua dan kakak ipar tak mahu pergi. Diorang nak lepak di rumah jer.

Ni muke happy ni nak gi MAHA...

Botol air dan spek hitam dah siap stanby dalam kete..Bajet panas terik la tuh! Sekali...

Hujan turun selebat-lebatnya masa dalam perjalanan.
 
Tapi masa kat MAHA, tak hujan pulak. Kire naseb baik lah tu..
 
Sesak nak masuk ke tapak MAHA walaupun hari dah petang... Langit macam mendung je kan?
   Lepas bersusah payah mencari parkir, akhirnya kami pun keluarlah menapak ke tapak expo.  Mula-mula yang kami nampak adalah gerai nangka ni. Fuyoo..besarnye buah die.. Baja apa agaknye yang diorang pakai yer? Sihat betul buah tu.                            

Anak buah saya pun boleh masuk dalam sarung nangka ni..hehehe..besar betul!

Banyaknye orked..Cantik sangat tapi maaf saya tak minat nak tanam.

Yang ni orked ape tak tau..tapi besar dan cantik juga.
       Lepas tu kami jalan lagi round gerai-gerai yang ada. Terjumpalah dengan gerai yang jual bunga pelik ni. Sempat juga saya temuramah denga taukeh gerai ni Mr. Oii. Menurutnya, ini adalah sejenis pokok spesis air plant, namanya Thillandsia. Pokok spesis ini memang unik dengan bentuk dan warna yang menarik. Ada pelbagai jenis dengan harga yang berbeza.

Thillandsia

Comelkan? Macam jambul nenas pun ade jugak. Tapi harganya mahal sangat la..
                                              
Upss..Yang ni selingan iklan dari anak buah saya..hahaha..
Pilih...jangan tak pilih... Suami saya jer yang sibuk pilih dan tanya itu ini. Saya lebih selesa amik gambar diorang sambil mengawal dua orang anak buah.

Cantiknya orked ni..Tengok tu nampak macam gebu je...
  Lepas round sikit-sikit kat sini kami berkejar naik bas pulak sebab hujan rintik-rintik dah turun ... Mulanya nak naik bas ke Hall 1, tapi dek kerana hujan yang makin melebat...Main redah je lah bas ape pun. Akhirnya kami sampai kat area jualan ni.


Elok jer jalan sebaris..siap atur ikut ketinggian tuh..

Periuk kera..Besar sungguh..

Umi saya dah jumpa bunga kesukaannya..
    Kami beli tak banyak, jalan pun dua tempat tu jer. Tapi sempat ler beli dua pasu orked untuk umi, sepokok limau purut untuk K.Chik, anak pokok limau nipis, sepokok jambu air madu untuk K.Ngah dan sepokok cili hijau. Tu pun terkejar-kejar sebab hujan yang dah mula turun dengan lebat dan masa yang kesuntukan. Dekat nak maghrib baru dapat naik bas balik ke parkir kereta. Tu belum kira nak jalan kaki dari Laman Tiba tu ke parkir lagi.

   Akhirnya kami decide untuk pulang saja memandangkan cuaca yang tak best dan kami pulak ada bawa orang tua dan anak buah. Kang tak pasal-pasal demam pulak budak tu balik dari MAHA. Sekian sajalah laporan saya...

                               

{ 2 komen... read them below or add one }

annfrendly said...

wow.. pokok thillandsia tu memang menarik..
cantik... pokok unik mesti harganya mahal..
mungkin nanti ann nak pegi lagi minggu ni..

pergi sehari memang tak puas berjalan..

Aida Ab Jalil said...

mmg mahal pon ann...
rm 40-rm 60 sepokok..kecik jer. tu yg pandang jer, x beli.. kalau ann masuk ikut pintu 2 leh jumpe pokok ni kt gerai dpn pintu tu..