Hello...
Salam Jumaat sume. Mesti hari ni ramai yang sambung cuti lagi, kan? Seronok la tu...
Hari ni nak share tentang projek terbaru kelas kasut kami sambil2 nak buat GA Contest.
Baca tajuk tu pun mesti dah tau, kan? Yupp, kami akan buat satu projek membuat kasut raya. Tahun ni siapa2 yang berminat nak buat sendiri kasut raya dia boleh join projek ni. Tak susah, hanya perlu daftar nama dan buat payment je. Segala bahan dan alatan akan disediakan oleh pihak kami. So yang betul2 berminat nak join boleh hubungi kami.
Info tentang projek kasut raya-
Tajuk : Projek Kasut Raya 2014
Yuran: RM 250 seorang
Hari : Ahad
Tarikh : 8 Jun 2014
Masa : 9pg hingga 5 ptg
Tempat : Klang (details dan map akan diberikan melalui email kpd peserta yang telah membuat pembayaran)
Apa yang anda dapat?
Sepasang sandal raya dengan saiz sendiri, hasil tangan sendiri. Mesti bangga dapat pakai kasut hasil tangan sendiri di pagi raya,kan? Selain tu dapat juga ilmu bermanfaat yang memang tak ternilai malah mungkin boleh mendatangkan pendapatan sampingan.
Bagaimana sertai projek kasut raya?
Taipkan "nama (jarak) saiz kasut" dan hantarkan melalui email
aidaawie192304@gmail.com lynn2796@gmail.com
atau whatsapp/ sms
018- 325 8949 (Pn. Aida)
017- 380 9060 (Pn. Lynda)
Link : www.facebook.com/kelaskasut
Memandangkan tempat terhad, boleh book dengan deposit RM100, bakinya harus dilunaskan paling lewat sehari sebelum kelas.
So bagaimana pula kalau nak join/ menang contest ni?
1. Buat satu entry tentang Projek Kasut Raya 2014 lengkap dengan info yang diberikan. Sertakan juga gambar.
2. Share dan tag sekurang-kurangnya 5 orang kawan. Lagi ramai yang anda tag, lagi cerah peluang anda.
3. Komen kat bawah link entry anda. Letakkan juga rujukan atau add blog kawan yang tag anda (jika anda ditag).
Pemenang dikira dari segi siapa yang paling ramai dapat backlink atau kata lain, antara 5 blogger yang anda tag tu berapa ramai yang join contest ni dan tag semula nama anda di komen saya.
Tarikh tutup contest adalah pada jam 12mlm 30hb Mei 2014.
Pemenang contest ini akan dapat join projek kasut raya 2014 bernilai RM250 secara PERCUMA !! Tak nak ke dapat belajar buat kasut sendiri secara percuma?