Kawan-kawan dan student kelas kasut saya, please send your number again. Phone saya buat hal dan terpaksa reset. So please... do contact me especially yang ada kelas minggu ni.
Home » Archives for March 2014
Pakej Menarik di Matta Fair SACC, S. Alam
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, March 23, 2014
Semalam sempat jenguk2 Matfa Fair di Shah Alam. Nampaknya kat Shah Alam ni tenang sikit berbanding di PWTC hari tu. Apa pun setelah dibanding2 ada 2 pakej yang sangat2 menarik hatiku ini.
1. DOMESTIK - Pakej ke Tioman
2. ANTARABANGSA - Pakej ke Beijing
Tapi satu pun aku tak ambil. Haha.. Datang saja2 nak menyemakan keadaan dan tolong survey untuk kawanku S. Kamalynda...
Kebun Jiran
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Meriahnya kebun dia....
Malu pulak ade tanah tapi tak buat apa2. Semua pokok2 saya dah cabut sebab rasa semak. Tetiba tengok kebun jiran terus rasa menyesal tak sudah. Oh! Jeles....
Baja Murah Tapi Kesannya Hebat!!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 22, 2014
Hari ni rutin macam biasa la. Siram pokok2 dan kemaskan laman mana yang patut. Pagi ni kalau ikut jadual nak kena letak baja lagi kat pokok2 ni. So buat je sampai siap semua pokok dibaja. Kali ni malas nak menggembur sebab banyak hal nak kena buat lagi.
Berbalik pada cerita membaja ni, memang best hasilnya. Tu yang terus nak ikut jadual pembajaan tu. Excited sangat bila tengok pokok2 subur dan mengeluarkan hasil yang lebat terutamanya pokok mulberi tu. Mulberi memang senang ditanam. Cantas je dahannya dia akan keluar tunas baru dan berbuah. Tapi sebelum ni setakat berbuah pada hujung dahan je la...
Bila guna baja ni, mulberi bukan setakat berbuah di hujung2 dahan, tapi sepanjang batangnya akan keluar tunas baru dan ada yang dah mengeluarkan buah pun walaupun tunasnya masih kecil. Subhanallah.... Berbaloi sungguh menggunakan baja ni. Ok, sila tengok pada gambar untuk bukti jelas ye...
Bukan itu saja, pokok limau kasturi pun dah keluar putik buahnya. Kemboja pula dulu nampak kering jer. Sekarang dahannya dah bercambah dengan daun yang lebat.
Akhirnya silalah cari baja ni kat nurseri Melayu di Sg. Buloh kalau korang nak pokok2 di rumah korang subur dan mengeluarkan hasil hebat.
Meriah dengan anak2 Labu & Minnie... Kami dah jadi atuk dan nenek!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, March 20, 2014
Tak lama lagi rumah aku ni makin meriah la dengan anak2 Labu & Minnie. Minggu lepas Minnie dah beranak 4 ekor anak yang comel2. 3 ekor putih coklat, seekor putih hitam. 2 ekor ekor panjang dan 2 ekor ekor pendek. Comel!!!! Geram sangat bila tengok tapi jangan la nak cuba2 pegang, Minnie kemain garang dan kedekut. Kadang2 masa bagi Minnie makan kat dapur, keluar jap pi jenguk anak2 dia kat dalam cage tu. Sekejap jer... Berlari je Minnie datang balik kat cage. Takut benar orang ambil anak dia. Sanggup tinggalkan makanan tu walaupun perut berkeroncong.
Matta Fair 2014
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 17, 2014
Berbalik pada Matta Fair, memang serius aku tak tau yang pakej kat situ jauh lebih berbaloi berbanding beli kat online tapi still kena pandai pilih tempat jugak la. So, bagi kami itu satu pengalaman menarik. Berpusu-pusu dengan orang ramai menilik membelek segala pakej yang ada. Semuanya nampak menarik. Semuanya nak beli. Haha... Ketamakan mula menguasai diri.
Pakej yang sempat grab kat Matta Fair. |
Memandangkan pakej ni tak sampai pun separuh dari bajet yang bos bagi maka kami ambil pulak pakej 2d1n di Pulau Jerejak. Aktiviti kat pulau sunyi tu harus la berkurung dalam bilik. Hahaha! Dengar cerita kat sana ada macam2 extreme game so maybe boleh cuba jugak flying fox atau night jungle trekking. Dengan itu penuh la plan honeymoon kami nanti dengan aktiviti2 yang menyeronokan dan harapnya berbaloi. Mungkin dek kepanasan melampau dan jerebu yang berleluasa, hubby ambil 3 pakej wet world pulak. Katanya nak main air puas2 tahun ni. Horey!! Jom jadi kanak2 riang. Bajet ade separuh lagi di tangan, kami decide nak belanjakan masa di Langkawi. Dalam kepala nak try parasailing. Memang ada promo tentang parasailing cuma RM115 seorang di Matta, tapi bila reiki2 kat google ramai yang kata harga boleh dapat bawah RM100 sana, janji bukan peak season dan kena pandai bodek. So, memang berbaloi rasanya pergi Matta Fair. Pagi tadi masa serahkan resit2 tu pada akauntan, bos tanya kenapa tak ambil pakej honeymoon yang ada candlelight dinner dan breakfast dalam bilik? Jawapan saya untuk bos....? You know me, boss!
Apam Kukus Resepi Nett
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 8, 2014
Alahai... Ni ler gayanye kalau dah tua2 baru nak belajar masak. Dulu masa anak dara mak nak ajar tak mahu... Boleh beli jer kan? Sekarang rasakan!
Biasa tu tak denye nak minum2 petang. Makan malam je terus. Tapi sebab laman dah kemas ngade2 nak minum petang kat taman... Tengok kat dapur ade telur, tepung. Nak buat cekodok tak lalu dah tekak ni hari2 makan cekodok. Terpikir-pikir nak cuba buat apam kukus tapi tak pernah buat. Tak tahu jadi ke tak. Tetiba. Semuanya bila mood rajin datang, kalau mood malas yang datang.... Nan ado segalanya. Haha...
Aku ni senang jer, kalau nak masak apa2 yang tak pernah buat aku mesti call sorang kawan aku ni. Aznita Ahmad. Hah... Kat dia la aku rujuk segala. Dia ni duk Kuantan dan memang teror la bab buat kuih-muih ni. Jadi memang aku sanggup call Nett ni dari bukak buku resepi. Dah tentu2 jadi kuih tu. Kalau resepi dari buku tak pasti lagi. Lagi satu resepi buku kalau tak faham tk tau nak tanya kat siapa. Kalau kawan aku ni senang je. Apa2 boleh tanya dan resepi dia siap lengkap dengan tips. Tak la membazir bahan2 tu nanti.
Hah.. Ni la rupe apam kukus resepi kawan aku tu. Ok tak? Cantik,kan? Rasa pun sedap. Senang nak membuatnya. Kira pass la buat minum petang dengan teh-o kat taman hari tu. Nak resepi? Boleh... Senang je. Bahan pun mudah2 je...
BAHAN2:
Tepung Gandum 2 cawan
Gula 1 cawan
Telur 5 biji
Baking powder 1 sd kecil
Emulsier 1 sd besar
Esen vanila 1 sd kecil
Pewarna kalau suka la.. Aku buh kaler hijau jer sebab tu jer kaler yg aku ade. Kalau nak letak macam2 kaler macam pelangi tu kena la bahagi2kan adunan tu dulu sebelum campur kaler.
CARA2:
Pukul telur dgn gula sampai kembang, masuk semua bahan kecuali tepung. Dah sebati baru masuk tepung sket2.. Agak2 la. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Pas tu boleh la masukan kaler. Masuk dalam loyang dan kukus 15 minit atau sehingga masak. Cucuk2 ler dengan lidi kalau nak tau dah masak ke belum.
Hasil Mulberi
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 7, 2014
Macam biasa, pokok mulberi tak pernah menghampakan kami. Asal saja disiram dengan cukup, pasti buahnya lebat. Baja pun kadang-kadang. Senang sangat menanamnya.