posted from Bloggeroid
Home » Archives for October 2014
Seri Songket- Satu Projek Istimewa
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 26, 2014
Minggu lepas seorang kawan lama minta buatkan beliau sepasang kasut dan tas tangan. Istimewanya, material untuk menghasilkan kasut dan tas tangan ini adalah dari songket yg terhasil dari serat jagung. Hebatkan? Beliau hasilkan songket dari serat jagung. Satu inovasi yang hebat, kan?
Kelas-kelas Sandal
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 24, 2014
Ini kelas flat clog sandal 2 minggu lepas. Pelajar saya datang dari Ampang, bersama suami dan anak2nya. Mula kelas pada jam 11 pagi, agak lewat. Tapi lebih kurang jam 5 petang siap la sepasang sandal yang comel ni.
Asalnya pelajar saya nak buat sandal simple seperti gambar di bawah ni.
Tapi saya beri pilihan lain dan tunjukan contoh dari gambar2 simpanan saya agar dia lebih terbuka. Bukan apa, kadang- kadang pelajar saya takut dan tak yakin dapat hasilkan kasut yang cantik. Mereka selalu memilih design yng terlalu simple sedangkan bagi saya, ianya tak berbaloi.
Saya gembira bila pelajar saya berani mencabar diri mereka dan berseronok dengan hasilnya.😆😁
Kelas minggu lepas pula pelajar saya datang dari utara Malaysia -Pulau Pinang. Cantik orangnya, juga berjiwa besar ingin menceburi bidang perniagaan kasut.
Pilihan sandal yang ingin dihasilkan juga in trend, sesuai jiwa muda mudi sekarang.
Kelas wedge clog ini adalah selama 2 hari sebenarnya. Tetapi memandangkan pelajar saya dari Pulau Pinang, kelas perlu tamat lebih awal. Lihatlah hasil tangannya. Menarik,kan? Sekarang memang trend anak2 muda pakai wedge clog. Design pun simple2 saja. Mereka gemar memilih sandal sarung yang boleh digayakan dengan pelbagai busana. Lihat hasil kerja tangannya yang baru pertama kali membuat sandal. Kemas dan ringkas.
~Minggu ni ada satu lagi kelas. Nanti inshaaAllah saya coretkan di sini bila ada kelapangan.
posted from Bloggeroid
Clog Sandal Sempena Aidiladha
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 4, 2014
Siap sepasang sandal hari ni. Ni semua gara2 sedih tak dapat balik beraya. Huhu!
Hati meronta nak balik, tapi bila fikirkan semula kesian adik tinggal sorang kat kl. Dia nak balik tapi ada kerja yang tak dapat ditinggalkan. Alahai...
Separuh anak2 mak dah balik hari ni. Biarlah kami yang separuh ni beraya bersama je. Mana lagi nak pergi,kan? Duduk lepak2 saja la adik beradik sambil makan capati frozen cicah kari daging.