*Sapa tak faham, pi bukak balik kamus peribahasa.
Hari ni saya nak share contoh surat perjanjian jual beli yang kami buat supaya tiada pihak yang teraniaya. Isi surat tidak semestinya sama dan korang juga boleh tambah apa yang patut dalam perjanjian tu. Asalkan kedua2 setuju dan ada tandatangan, surat tu akan sah secara otomatik. Nak best lagi boleh pi Pesuruhjaya sumpah mintak diorang cop. Kenalah bayar sikit. Tak silap dalam RM10 setem duti.
Ok, tak mo citer panjang lebar. Sila baca contoh surat perjanjian jual beli di bawah. Isikan tempat kosong dengan perkataan2 korang yang relevan. Esok pagi saya nak tengok ada atas meja, sapa tak siap kena rotan. *Eceh.. Dah macam cikgu sekolah pulak..
>>Sebelum tu, sila sediakan apa yang patut seperti gambar di bawah ni.
Contoh:
2. Semua kos pindah milik nama kenderaan ini adalah tanggungjawab pihak kedua, tidak melibatkan pihak pertama.
3. Dalam tempoh proses pindahmilik, sekiranya berlaku sebarang masalah adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua tiada kena mengena dengan pihak pertama.
4. Insurans kenderaan ini akan dipindahkan (NCB) kepada kenderaan baru pihak pertama. Oleh itu, pihak pertama tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah.
5. Kenderaan ini akan diserahkan kepada pihak kedua setelah pihak pertama menerima kenderaan baru pada ..................... seperti yang telah dijanjikan pengedar.
6. Deposit sebanyak RM.................... (tuliskan perkataan juga) akan dihangus sekiranya pihak kedua memungkiri janji yang telah dibuat.
7. Baki bayaran akan dibayar tunai dalam ........ kali oleh pihak kedua kepada pihak pertama sehingga yang terakhir dibayar pada hari penyerahan kereta.
8. Selepas tandatangan perjanjian ini, termeterailah semua perkara di atas.
Sekian, terima kasih.
................................................................. ...............................................................
Nama Penjual Nama Pembeli
No K/P No K/P
(pihak pertama) (pihak kedua)
Disaksikan oleh:
............................................
Nama Saksi
No K/P