Masuk je kedai, ada sorang auntie, sorang lelaki baya2 40an gitu yang rasa2nya tokey kedai dah sambut dengan senyuman. Memang bagus betul layanan kedai ni. Tak bertangguh, saya terus ke soalan utama sebab tinggal 10 minit nak masuk keje dah. Apa bendenya flax seed tu? Hah, sila tengok gambar bawah ni ye..
Cam ne nak makan? Baca kat lebel bawah ni. Kisar dan campurkan dalam makanan atau minuman seharian. Tapi auntie yang peramah tu kata, ada sorang pelanggan dia kunyah camtu je. Pastu minum air.
Yang ni pulak rupa flax seed. Macam bijan pun ada,kan? Rasa pun lebih kurang je..
Menurut Datin Suliza, dia dah amalkan makan flax seed ni 8 tahun dah. Flax seed ni menurut kata tokey kedai tu pulak, boleh mengeluarkan minyak dan lemak2 berlebihan dari dalam badan. Wah! Patut la badan dia cantik,kan? Ini rahsianya. Dari nak kenal je, terus beli 1pek 300gram. Harga pun tak lah mahal. Kita cuba untuk kesihatan, kurus tu bonus!
Published with Blogger-droid v2.0.4
{ 18 komen... read them below or add one }
berapa harga flaxseed tu kak? kat mana boleh beli?
boleh tak nak tahu berapa harga flaxseed tu?
macam mana cara makannya? ade kadar dan sukatan tertentu tak?
Macam mana ni kalau tak jawap? Semua orang nak tahu.. Jika perihatin tlg jawap saya pon nak tahu kat kedai mana dan di mana serta harga nya.. Terima kasih ya.
Lazada ada rm29.90
barang organic mcm flaxseed ni boleh di beli di eon kt bhagian organic
Haris A. Hamid
Sy pernah ternampak flaxseed kat Mydin
Beli online kat signature market.lebih murah
Sy bli di Aeon 250gm rm5.18 .. Bhgian bhn organic
Sya beli radiant organic flaxseed 300g rm10 jer
sapa berminat bijirin berasaskan flaxseed..boleh contact/pm saya Zuraidah@0122798611..tq
boleh contact saya for food berasaskan flaxseed...0122798611 -zuraidah
Terima kasih atas info yg bagus...
Dah kurus ker belum.. Berkesan ker.
Flaxseed lebih mudah diminum jika dah blend kering.. masuk fryer 6-7 mins or sangai kering.. blend simpan bekas masuk fridge.. i beli kedai beras cina je segram RM2.. epsl hijau blend tapis . Masuk honey serbuk flaxseed blend blk.. best masuk low fat milk.. 1 bulan turun 3 kg.. bkn berat tp body bulge makin hilang.. tayar2 spare.. kulit lebih glowing
Sorry 100gram
kena basuh tak flaxseed tu sbelum sangai
Flaxseed pun boleh dijadikan masker utk kulit lebih cantikdan gebu
Post a Comment