posted from Bloggeroid
Home » Archives for 2014
Seri Songket- Satu Projek Istimewa
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 26, 2014
Kelas-kelas Sandal
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 24, 2014
Ini kelas flat clog sandal 2 minggu lepas. Pelajar saya datang dari Ampang, bersama suami dan anak2nya. Mula kelas pada jam 11 pagi, agak lewat. Tapi lebih kurang jam 5 petang siap la sepasang sandal yang comel ni.
Asalnya pelajar saya nak buat sandal simple seperti gambar di bawah ni.
Tapi saya beri pilihan lain dan tunjukan contoh dari gambar2 simpanan saya agar dia lebih terbuka. Bukan apa, kadang- kadang pelajar saya takut dan tak yakin dapat hasilkan kasut yang cantik. Mereka selalu memilih design yng terlalu simple sedangkan bagi saya, ianya tak berbaloi.
Saya gembira bila pelajar saya berani mencabar diri mereka dan berseronok dengan hasilnya.😆😁
Kelas minggu lepas pula pelajar saya datang dari utara Malaysia -Pulau Pinang. Cantik orangnya, juga berjiwa besar ingin menceburi bidang perniagaan kasut.
Pilihan sandal yang ingin dihasilkan juga in trend, sesuai jiwa muda mudi sekarang.
Kelas wedge clog ini adalah selama 2 hari sebenarnya. Tetapi memandangkan pelajar saya dari Pulau Pinang, kelas perlu tamat lebih awal. Lihatlah hasil tangannya. Menarik,kan? Sekarang memang trend anak2 muda pakai wedge clog. Design pun simple2 saja. Mereka gemar memilih sandal sarung yang boleh digayakan dengan pelbagai busana. Lihat hasil kerja tangannya yang baru pertama kali membuat sandal. Kemas dan ringkas.
~Minggu ni ada satu lagi kelas. Nanti inshaaAllah saya coretkan di sini bila ada kelapangan.
Clog Sandal Sempena Aidiladha
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 4, 2014
Siap sepasang sandal hari ni. Ni semua gara2 sedih tak dapat balik beraya. Huhu!
Hati meronta nak balik, tapi bila fikirkan semula kesian adik tinggal sorang kat kl. Dia nak balik tapi ada kerja yang tak dapat ditinggalkan. Alahai...
Separuh anak2 mak dah balik hari ni. Biarlah kami yang separuh ni beraya bersama je. Mana lagi nak pergi,kan? Duduk lepak2 saja la adik beradik sambil makan capati frozen cicah kari daging.
Promosi Kelas Flat Clog Sandal
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, September 5, 2014
Flat Clog Sandal.
Kelas terhad kepada stok tapak yang ada. Siapa cepat dia sempat.
Tapak kayu terhad untuk saiz 5,6 & 7 sahaja. Pelajar boleh pilih design sendiri untuk digayakan dengan tapak ini. Illustrasi di atas cuma contoh sahaja. Boleh juga pilih untuk hasilkan design2 musim panas seperti gambar di bawah.
Sandal Ringkas
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, August 10, 2014
Seminggu lepas raya, kelas kasut berjalan seperti biasa. Isnin lepas saya masih bercuti. Cuti raya katakan... Mestilah panjang sikit. Tapi memandangkan kami banyak urusan nak dibuat, kami balik KL pada raya ke-3 lagi.
Bila dah settle semua urusan tu lah yang buat jugak kelas kasut dan sandal. Biar siap cepat apa yang tertangguh. Hasilnya...
Projek DIY Bag 2 dlm 1
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, June 29, 2014
Clutch yg dah siap. |
Kebelakangan ni macam seronok pulak buat clutch sendiri. Walaupun simple yang penting boleh ikut citarasa kita. Semalam saya buat 1 lagi clucth. Kali ni fungsinya 2 dalam 1. Boleh dipakai sebagai beg tangan atau sebagai clutch untuk ke majlis2 dinner.
* Jika ada yg berminat nak beli pattern dan kit asas untuk clutch ni boleh email kpd saya- aidadewie7311@gmail.com.
Kena buat patennya dulu. |
Gamkan pengeras di bahagian pemegang. |
Jahitkan. Sebelum jahit tu kena pastikan dulu jenis material yg digunakan. |
Ni contoh pemegang yg siap. Lepas ni boleh dah cantumkan dgn badan beg. Sambungkan juga dgn lining. |
Lekatkan sedikit hiasan bagi menonjolkannya. |
Dah siap!! |
Simple saja kan? |
Projek DIY: Clutch Kelepet
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, June 27, 2014
Saya hasilkan clutch yang simple ni untuk digandingkan dengan kasut raya saya nanti. Puasa pun belum start tapi perancangan raya dah penuh di kepala. Hehe...
Cantik, tak?
Saya potong kain malam tadi lagi tapi memandangkan dah agak lewat nak menjahit (kang ganggu jiran2 tetangga nak berehat pulak), so kenalah sabar menanti ke pagi. Sambung menjahit pagi2 tadi lepas subuh. Hehe..
Tassel yang saya buat ni tak berapa nak menjadi sangat, hasilnya tak berapa kemas sangat. Tapi boleh la kut untuk beginner macam saya ni.
Biasa nampak tassel yang jual kat kedai ada aksesori khas untuk sambungan tassel tuh. Tapi ni projek DIY bajet rendah, so saya guna apa yang ada saja. Saya gamkan pin brooch je, lepas tu pasangkan stud je sebagai penyeri. Boleh la kan nak matchkan dengan kasut ni? Material dah sama dah..
Clutch & kasut nak sedondon katanya.. |
Cerita Kelas Kasut & Sandal
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 20, 2014
Pagi ni singgah beli paper Metro kat kedai depan opis. Biasanya baca online je. Tapi sebab Pn. Farhana dah inform awal ttg artikel kelas kami ni. Gigih pagi2 nak beli surat khabar. Hehe...
Untuk kisah lanjut, boleh baca di link ini
BuatKasutIkutCitarasa. Moga2 segala usaha kami tidak sia-sia dan mudah2an diberkati olehNya. Amiin..
Jurnal vs Blog
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 19, 2014
Kelas Loafer dan Sandal Ringkas Bergabung!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 16, 2014
Minggu lepas kami ada dua orang pelajar yang datang belajar serentak. Jadi kami gabungkan kelas dalam satu bengkel. Ruang lebih luas dan lebih selesa untuk mengajar. Abdul Rahim berminat untuk mempelajari cara membuat kasut lelaki seperti loafer yang kini menjadi trend. Beliau telah menghantar beberapa contoh gambar kasut yang diminatinya. Jadi kami perturunkan ilmu penghasilan kasut loafer kepadanya. Nampak bersungguh-sungguh sekali pelajar kami ni belajar, sehingga tak mahu berhenti rehat. Setelah paten dipindahkan ke material dan mock-up mula terbentuk, barulah dia ingin berhenti makan dan rehat.
Seorang lagi pelajar kami, Nurul Raifana yang juga adik ipar saya pula berminat untuk mempelajari cara2 menghasilkan sandal wanita. Rekaan sandal yang dipilih cukup ringkas dan ianya siap dalam sehari saja.
Inilah hasil kerja tangan dari pelajar kami, Abdul Rahim dan Nurul Raifana. Menarik, kan? Saya percaya, jika mock-up saja Abdul Rahim sudah hasilkan secantik itu pasti hasil akhirnya lebih cantik lagi. Moga berjaya!
Selamat Hari Ibu!!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, May 11, 2014
Andailah waktu dapat diputarkan semula, teringin sangat nak merasa lagi roti lutut yang mak buat dulu. Itu kenangan paling indah. Ye, bukan semua orang pandai buat roti kan mak? Tapi sekurang2nya mak mencuba juga demi anak2 yang sentiasa kelaparan. Walau pada mulanya kami gelak2 kerana roti menjadi keras, namun ianya sangat unik dan menjadi kenangan paling manis. Mak, semoga mak beroleh keberkatan dan rahmat Allah di setiap nafasmu. Along sayang mak!!
Keterujaanku...
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 9, 2014
Penghulu segala hari. Moga hari ni penuh dengan keberkatanNya..
Hari ni seperti biasa duduk di office kalau tak de kerja harusla siapkan pattern2 kasut tempahan. Dah ada pattern nanti senang. Tinggal potong material saja dan jahit.
Semalam jumpa design kasut ni di website. Cantik...kan?
Sumber : Google |
Tapi sayangnya design sebegini mungkin bukan pilihan pertama wanita2 di luar sana. Adat budaya di Malaysia ni kalau masuk rumah kena buka kasut, so tak berapa sesuai sangat kalau nak pakai kasut gaya2 begini, lagi2 kalau time beraya. Orang lain dah duduk dengan aman, kita masih tercegat di muka pintu sedang cuba membuka kasut. Kalau nak pakai ke pejabat memang sesuai la. Tapi kalau dah lewat tu harus cari kasut yang boleh sarung je, kan?
Jadi atas permintaan seorang rakan saya ubahkan pattern kasut ni supaya mudah dipakai dan ditanggalkan. Apa lagi, dah tentu tukar jadi kasut jenis sarung saja. Tapi ciri2 elegan pada kasut asal tidak saya diketepikan. InshaAllah dah siap nanti saya kongsikan di blog ini. Buat masa sekarang, saya kongsikan sebahagian prosesnya saja dulu ye.
P/S: Saya pun tak sabar nak lihat hasilnya... ^_^!