Salam Aidiladha buat semua pembaca. Raya haji tahun ni adalah raya paling meriah buat mak dan abah saya. Impian meraka untuk menjadi tetamu Allah telah pun dikabulkan. Semoga mak dan abah beroleh kesihatan, keberkatan dan dilimpahi dengan segala rahmat dariNya.
Home » Archives for October 2012
Peliknya...Buah Akrol
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, October 18, 2012
Rupa buah ini seakan-akan tikus...kan? Tapi warna hijau terang dengan sedikit kekuningan tu jelaslah bukan warna tikus. Ada bintil-bintil kecil pada permukaan kulitnya. Saya jumpa ianya dijual oleh seorang Bangla di pasar Klang. Namanya buah Akrol. Kata si penjual, buah ini dimasak seperti sayuran. Tak sempat pula nak tanya bagaimana rasanya bila dimakan. Sedap la kut...
Bunga Apa Ni?
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 13, 2012
Agaknya apakah nama bunga ni ye? Ada siapa2 yang tahu...?
Apa ada di Teluk Intan, Perak
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, October 11, 2012
Perjalanan pulang kami menghala ke Teluk Intan mencari Menara Condong. Alang2 dah sampaikan...Nanti balik tak lah terkenang sangat. Tak berhenti pun, lalu je tepi menara ni. Ambil gambar pun dari jauh jer. Lagi pun perut bolah tahan bergendang masa tu. Yelah kan, pukul 2 lebih dekat 3 petang dah.
So.... kejarkan mee rebus dulu.
Tu dia... Mastan Ghani Mee Rebus & Rojak yang masyur sangat disebut-sebut orang. Nak cuba juga apa yang best sangat kat sini. Kan?
Tengokkan gambar tu terliur tak? Nak tau rasa kena pi Teluk Intan rasa sendiri. Sebab lidah masing-masing, kan? Tak semua yang kita suka orang akan suka. Betul tak? Kedai ni dekat2 je ngan Menara Condong tu. Cari je le...
Pasar Karat aka Memory Lane
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Hubby kat Pasar Karat yang nak sangat dijejakinya... |
Banyak barangan lama2 jer di samping barangan curi kot... Ramai orang pesan jangan beli sebarangan kat sini. Takut terbeli barang curi. Mungkin juga... sebab hubby pernah disapa seorang lelaki yang nak jualkan Samsung S2 dengan harga RM400. Fikir logik la, kalau barangan China tu ye la kut. Tak mahu ambil risiko, saya tarik hubby dari terus terjerat kata manis si penjual. Kami terus menyusur sepanjang lorong dan akhirnya saya beli mini perfume ni.
Mini perfume Chloe- Tip dari kawan saya Aznita Ahmad, untuk pastikan kita tak ditipu semasa membeli perfume yang didakwa original, goncangkan botolnya. Buih2 yang naik serentak menunjukan keaslian perfume tersebut. |
Popiah Basah S.S. Ali
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, October 10, 2012
Taman Rekreasi Gunung Lang
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Taman rekreasi ni terbuka kepada semua pengunjung. Bayaran RM3 bagi seorang dewasa perlu dibayar di kaunter tiket untuk menaiki bot ke taman seberang. Anda juga boleh membeli seplastik makanan ikan untuk ditaburkan kepada ikan2 di sepanjang jeti nanti.
Ada gaya tokey bot? |
Salah satu tarikan kat sini. Burung unta! |
Ni pulak surau... |
Tiket masuk untuk dewasa RM3 sajer... |
Tenang permandangannya dari atas bot. |
Permandangan taman seberang. Nak datang sini boleh menyusur tepi tasik atau pun boleh juga naik bot. |
Jeti |
Mercu tanda Pusat Rekreasi Gunung Lang |
Kenangan bersama suami... |
Bestnye kalau dapat rumah kayu cam ni sebuah, kan? |
Lihatlah ikan2 yang jinak tu. Campak je makanan memang menerkam datang. RM1 sebungkus ye.. |
Surau yang penuh ciri2 tradisional.. |
Gambar dari jeti |
Pekena rojak buah sambil hayati keindahan tempat ni |
Kalau lapar lagi, boleh try makan makanan ikan tu.. hehe. |
Nak Makan Di Mana? Cubalah Nasi Ayam Fuziah!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, October 9, 2012
Masih tercari-cari di mana nak makan di Bandar Ipoh? Kami search kat internet ada kedai nasi ayam yang famous dekat2 area kami duduk tu. Tapi kena naik kereta juga la memandangkan kami nak ke Gunung Lang pula lepas tu. Tengahari tu kami turun dari hotel dan menuju ke Kedai Nasi Ayam Fuziah. Ramai sungguh orang kat kedai tu walaupun masa kami sampai tu dah pukul 3.30 petang. Ingatkan pergi lewat sikit orang tak ramai. Meja penuh jugak.... Tunggu sekejap, tak lama mana pun... Ada sekeluarga yang selesai makan dan kami pun terus duduk. Order sampai dalam 15 minit jugak memandangkan pekerja tak cukup tangan melayan pelanggan yang datang.
Nasinya best jugak. Ada rasa lemak2 sket. Ayamnya digoreng garing. Okey ler. Sedap juga. Cuma bagi saya kelebihan nasi ayam ni ada pada nasinya dan kicapnya. Supnya biasa2 jer. Selalu kita makan nasi ayam ada kuah kicap dan sos lada kan? Kedai ni kuah kicap dia ada cili padi potong. Tu yang tambah sedap tu. Makan kalau tak pedas mana best... kan?
De Eastern Hotel 2
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Hotel ni memang betul2 cantik. Bukan setakat hotelnya yang cantik, harganya pun cantik. So sapa yang berniat nak bawa family berjalan2 kat Ipoh bolehlah stay kat hotel ni sebab ada promosi sehingga penghujung bulan Oktober 2012. Tapi kalau tak de promosi pun harganya memang agak murah jugak la. RM98 untuk hari biasa dan RM108 untuk hujung minggu. Boleh la kan? Jom lihat2 gambar hotel ni..
De Eastern Hotel....
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 7, 2012
Ipoh ni salah satu tempat yang tak pernah kami jejaki lagi. Setakat lalu tu ada la. Tapi tidor dan jelajah sekitar bandarnya inilah pertama kali kami nak buat. Biasa kalau weekend asyik la jalan PD atau Melaka jer.
Jadinya saya survey kat Agoda.com. Memang selalu book bilik kat situ jer. Agoda ni kalau banding ngan lain2 agen memang lagi murah la. So bila hubby suruh survey mana nak tidor saya survey dari Agoda.com. Saya pilih Hotel Heritage RM156 termasuk tax, ada tab dan shower. Rupanya hubby pun dok usha sama. Dia jumpa De Eastern Hotel ni dan minta saya intai2kan. Harga semalam RM64 tak termasuk tax lagi tapi voting rate 8.1. Maknanya hotel ni cemerlang. Mula2 tu saya tak berapa setuju pasal biase2 rate macam tu bilik air kongsi, takut kena tipu jer. Tak suka la macam tu. So saya taipkan nama hotel tersebut untuk lihat macam mana rupa bilik yang dijanjikan.
Wah... Boleh tahan jugak gambarannya. Setelah sepakat kami pilih hotel ni untuk lihat sendiri bagaimana rupanya. Sama ke seperti dalam website tu? So... Tunggu di entry akan datang. Saya akan paparkan gambar hotel tersebut. Sama2 kita vote berapa rate yang kita boleh berikan padanya....
Istana Kellie... Apa yang misterinya?
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 6, 2012
Pau Yik Mun
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Sapa dah try pau ni? Saya baru try hari ni. Dengarnya ramai sangat yang kata pau ni best, kan? So hari ni singgah Tanjung Malim jap untuk try pau femes ni.
Kami tapau je pasal dah layan sarapan kat kedai lain dulu. Lagipun nak rasa pau je. So lepas makan tadi bagi saya ok ler... Nak kata istimewa sangat tu tak ler. Cuma doh dia memang tak dinafikan sangat lembut dari pau2 yang pernah saya makan. Dari segi harganya pula RM2 sebiji. Rasanya saiz Pau Power kat Bandar Puncak Alam lagi besar dengan harga dan inti yang sama. Ok, saya nak teruskan perjalanan semula. Kita sambung lagi nanti.
Kembara Haji
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 5, 2012
Mak dan abah saya dah pun selamat bertolak dari Kompleks Haji Kelana Jaya awal pg semalam. Sekarang insyaAllah dah selamat tiba di Kota Mekah. Harapan tinggi agar mak abah saya berjaya mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanahair. Tak sabar tunggu mak abah saya pulang 17 Nov nanti. Semoga berjalan lancar hendaknya perjalanan mak abah saya di sana... Ya Allah, Kau peliharalah kedua ibubapaku di sana. Dan Kau bukakanlah dan permudahkanlah jalan kami untuk bersama2 mereka yang Kau telah pilih. Sesungguhnya tiada yang berkuasa selainMu, Ya Allah.
Sayangnya Kelah di Kinabalu
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, October 2, 2012
Geramnya tengok ikan2 kelah di sungai ape ke namanya dah tak ingat dah kat area Ranau kot ni. Maklum ler citer ni pun citer dah basi kan....?
Kat tempat kita ikan kelah ni kemain mahalnye. Tapi kat sini diorang wat ikan spa je. Gemuk2 pulak tu ikan ni. Yang besar tak la berapa nak menyedut sangat. Tapi ikan yang kecik memang asal dapat tumit ke jari kelingking kaki ke... memang dia sedut habis. Seronok gak terjerit2 kat dalam air tu bila kaki kena nyonyot ngan ikan. Haha.. Happy hour! Masuk tak ingat ler berapa sebab pak cik saya yang bayar semua. Tak silap ada la dalam RM10 seorang untuk 15 minit ke 30 minit. Alahai... kelah oh kelah...
Album Paling Lama...
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Akhirnya siap juga. Paling lama dalam sejarah saya buat album 40 muka yang ambil masa begitu lama sehingga makan 5 bulan..
Apa-apa pun akhirnya album ni siap juga dengan jayanya. Tunggu utk pengesahan je dah drag 3 minggu. Tunggu utk printing lagi la lama. Ramainya orang yang sukakan album gaya ini sehingga makan bulan nak sampai turn saya.