Orang kata tak sah kalau ke Cameron Highland tak pergi ke ladang strawberi. Ok, mungkin la kut... Sebab kat tanah tinggi jer boleh jumpa ladang strawberi ni. So, berbekalkan kata2 orang tu kami terjah jugak la salah satu ladang strawberi milik Opah. Bukan opah saya yang punya, pun bukan la sebesar ladang sangat pun tempatnya.
Tujuan asal datang ke sini nak memetik buah strawberi, malangnya semua buah yang masak ranum telah pun dipetik oleh tuan tanah. Maka terkebil-kebil la kami kat situ sambil melihat pekerja bangla membungkus strawberi yang dipetik ke dalam bekas plastik untuk dijual. Harga adalah mengikut timbangan dan tak tanya la pulak berapa. Kalau korang nak tahu, hah kat gambar pertama tu ade nombor telefonnya. Bolehla korang dail sendiri dan tanya pada si empunya ladang ye?
|
Sedap!! Ok, dadih adalah lulus. Bagaimanapun macaroni hanya sesuai untuk orang berpenyakit darah tinggi saja.
Rasanya ada sikit kurang masin cuma campuran rempahnya yang buat macaroni ni tetap umphh!! |
Sebelum balik, haruslah petik dua tiga gambar pokok strawberi buat pengubat rindu. Dan aktiviti akhir ialah cuci mata dengan barangan hasil strawberi seperti jem dan sirap atau kordial strawberi.
Yeah!! Dah tamat pun lawatan kita ke ladang strawberi opah. Nak ke mana pulak minggu depan eh?
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment