Click Here!

434...434!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 10, 2012

    Pebenda yang 434 ni? Dah macam beratib nombor ekor plak. Kurang satu nombor je lagi. Hehehe...

   Ni semua gara2 kopi fav habis stok. Kirim kat adik tolong belikan di Muar. Dah alang2 dia balik kampung minggu lepas. Jadi ni tengah nak mengingatkan diri la nak minta tolong adik yang sorang lagi tolong bawakan kopi ke kilangnya. Kilang dia dan pejabat saya dekat2 bolehlah singgah ambil kopi. Malangnya pagi tadi dia lupa juga nak bawa. Yelah, pagi tadi hujan lebat,jalan pulak pasti la jem teruk. Tak hujan pun dah jem, kalau hujan lagi la,kan? Mana nak kejar masa lagi takut terlewat, mana nak fikir kopi saya lagi... Huhu.. Hampa jugak la. Tak dapat nak minum kopi best malam ni sambil tengok bintang kat taman.Aktiviti selalu kalau hari esoknya cuti. Tu pun kalau tak hujan, kalau hujan mana ada bintang daa... Tengok hujan jatuh kat longkang je la...

   Tapi baru jap tadi adik call dia dah ada kat bawah pejabat ngan kopi. Rupanya tengahari tadi dia balik rumah jap ambil kopi. Hah! Bestnye malam ni leh layan kopi O kaw. Thanks adik2ku.. Korang macam tau2 je Along ko ni memang berharap sangat dapat layan Kopi 434 malam ni!


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }