Click Here!

Album Yg Simple Tapi Padat Dgn Aksi

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 17, 2012

     Akhirnya siap juga album ni. Simple je, lagi pun cuma album pre-wed. Asalnya cuma nak ambil gambar untuk dicetak pada kad kahwin saja. Tapi memandangkan dah banyak, aksi2nya pun macam2 saya suggest pada adik untuj dicetak dalam photobook. Sekurang2nya tidaklah terperuk je gambar2 tu dalam CD. Teman2 tengok pun cantik,kan?

    Album ni terbahagi kepada 2 tema iaitu moden dan ala kampung. Untuk tema moden, kami lakukan penggambaran di sebuah rumah  contoh di Bandar Puncak Alam. Sebenarnya tak rancang pun bergambar kat sini. Kami cuma bawa round2 area tu sebelum balik ke rumah. Tapi adik saya berkenan pula nak bergambar di situ. Jadi kami buat macam rumah sendiri la sampai pak guard datang. Pak guard tu pun tak ada la nak marah pun, dia cool je. Mungkin dia pun boring duduk sorang2 agaknya. Bila tengok pak guard ok, lama jugak la kitorang berposing kat situ agak2 dalam sejam ada kut.

    Penggambaran ala kampung pula kami buat di Kg Budiman, Jalan Meru Tambahan. Siap ada model tambahan lagi. Nak tau sapa? Hehe... LEMBU! Pandai jugak lembu ni pose. Masa dok posing macam tengah bagi makan rumput tu, lembu ni macam tau2 je kena buat aksi macam mana. Memang best jugak la masa tu. 'Kek panas' jangan cakap la. Merata2. Silap pijak, rasakan la keharumannya yang memukau. Jalan pun dah macam laluan periuk api pulak. Apa2 pun memang best! Macam2 pengalaman kami rasa. Yeah! Go KUMOKINOKO STUDIO !!


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }