Click Here!

Polyethylene Pot

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, April 8, 2012



    Pot ni memang menyenangkan kerja penyemaian saya. Jika dilihat dari segi fungsinya, ia memang berfungsi seperti polibeg. Menempatkan medium penanaman. Namun bentuknya yang kekal seperti pot memudahkan saya memasukan medium penanaman tanpa perlu membukakan mulutnya. Semasa penyiraman juga ianya kekal dalam bentuk sedia ada dengan mulutnya yang lebar.

   Rasanya tak rugi membeli pot ni untuk menyemai benih baru kerana ianya praktikal dan jimat. Saya katakan praktikal kerana bila menyemai dalam pot ini, beberapa proses pemindahan dari tapak menyemai sehingga ke tapak penanaman kekal dapat dikurangkan. Saya katakannya jimat pula sebab untuk 50 pot, harganya cuma rm5 saja! Dan ianya dibeli dari Kedai Daiso!!

P/S~ So, cepat2 ke Daiso untuk beli Polyethylene Pot.

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }