Click Here!

Projek Laman Belakang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, April 14, 2012

*Gambar sumber dari google dan blog mekarharum.  


    Projek kali ni menuntut pengorbanan yang besar dari segala segi baik masa, tenaga juga wang. Justeru, perlu ada perancangan teliti sebelum sesuatu kerja dimulakan. Memandangkan suami saya meletakkan beberapa syarat yang agak ketat seperti kawalan budget dan mencabar saya merealisasikannya tanpa kos tinggi, saya mengambil keputusan bahawa projek ini akan dilakukan sendiri tanpa penglibatan kontraktor luar. Segala perbelanjaan juga akan dicatatkan dalam satu buku log khas. Projek ini pastinya mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Namun itu tidak akan sekali2 melemahkan semangat saya.  Saya telahpun mula menyemai beberapa jenis benih dan berharap ianya akan tumbuh subur mengikut perancangan saya. Saya juga telah mengumpul gambar beberapa elemen yang dirancang untuk berada di laman belakang nanti seperti rumah semaian, laluan siar kaki, cara susunan tanaman dan elemen air. Ianya sebagai panduan saya dan ianya tidak semestinya ada atau sama seperti asal. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 2 komen... read them below or add one }

herny ridzwan said...

kalau macam ni punya cantik..bukan kata laman belakang laman depan pun sanggup...

Aida Ab Jalil said...

cantikkan? yg bakal kami buat ni tak tahu la kesampaian ke tak nak buat cantik macam ni.. hope berjaya la nnt. :)