Click Here!

Ayam Golek Bro!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 16, 2012





    Tiba2 teringat pula kat Ayam Golek Bro yang best kat Port Dickson tu. Rasa dia sampai sekarang terasa2 dalam mulut ni. Rasa macam satay ayam pun ada, ada rasa manis dan serai yang sebati. Ayam masak dengan sempurna, garing di luar dan bahagian dalam juga. Ini kerana ayam di belah dan dipusingkan di atas pembakar agar masak sekata. Bila dimakan, ada juga rasa2 wangi kelapa. Mungkin bahan perapannya yang istimewa. Kuah sosnya juga berbeza dari ayam golek biasa saya beli. Kuah sos yang ini seperti sos lada hitam. Pedas, pekat dan ada ummphh!!
    Menambah aroma ayam ni adalah bau 'smokey'nya yang wangi seperti dibakar menggunakan tempurung kelapa. Bila saya intai2 ke dalam tempat membakar tu nampak la hampas kelapa yang diletakan di atas arang. Oh... Patut la wangi baunya. Inilah rahsianya!! Lain kali kalau saya datang PD lagi, pasti akan beli ayam golek ni. Kalau korang pun nak rasa ayam golek ni boleh telefon tokeynya En. Mazland di talian 019-662 3696/ 019-668 3696/ 06-677 0994 untuk panduan ke gerainya yang lebih jelas.

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 1 komen... read them below or add one }

apdm said...

selamat petang..

terliur tengok :)