Click Here!

Perkahwinan adik @Sabah!

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, August 31, 2012

   Seminggu lepas cuti raya hari tu kami sekeluarga ke Sabah. Tujuan ke sana nak menghadiri perkahwinan adik saya dengan orang di sana. Ye... Adik saya bertemu jodoh dengan orang Sabah, bah...
     Semua adik beradik berkumpul di rumah saya. Kami buat solat hajat dan doa selamat sikit malam tu. Hanya kami sekeluarga je pun agar perjalanan kami dipermudahkan dan tiada kecelakaan sepanjang perjalanan.
    Majlis pagi akad nikah. Kami bertolak dari rumah saudara kami di Kempayan dengan sebuah van. Pak cik pula dengan Unser dan saudaranya dengan sebuah Persona. Ramai jugalah yang turut serta dalam rombongan ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
     Lepas majlis selesai, pastilah kami berjalan ke serata tempat termasuklah ke Pasar Filipin untuk membeli mutiara. Tak mungkinlah mak dan mak ngah akan lepaskan peluang untuk bawa balik mutiara ke Semenanjung, kan?





{ 0 komen... read them below or add one }