Click Here!

Tukar Tali... Terus Nampak Baru!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, December 31, 2013

   Semalam aku dah merancang nak ganti tali jam yang putus hari tu. Makanya... Bertapalah aku dalam bilik kerja bermula dari lepas makan malam tadi.     Jam aku tu elok sangat lagi. Memang sayang kalau nak dibuang begitu jer. Tapi talinya putus pulak masa aku nak pakai hari tu. Mungkin dah sampai waktu talinya  ditukarkan. Maklum saja jam murah... Bukan susah sangat, aku tekap je paten tali asal. Dah dapat patennya baru boleh transfer atas material. Aku pilih material yang lebih kurang sama cuma kaler je berbeza. Asalnya aku nak tambahkan aksesori seperti stud atau rantai halus. Tapi memandangkan buckle dan frame jam aku tu kaler silver dan aku tak de aksesori kaler yang sama, maka aku tak menambahlah. Buat cam asal je. Nanti kalau aku jumpa jam murah2 kaler gold, boleh la aku eksperimen tambah aksesori stud tu..




Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Minggu yang Sibuk... Lagi Sedih! Nenek Pula Disahkan Stroke.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, December 17, 2013

   Minggu lepas macam2 hal terjadi. Dalam pada sibuk dengan urusan itu ini, kami juga sibuk sebab nenek saya masuk hospital. Huru hara kejap semua plan. Nasib baik student memahami. Kebetulan juga dia ada hal lain tak dapat datang kelas.

   Khamis lepas adik saya nombor dua datang sekeluarga dari Raub, Pahang untuk belajar proses membuat sutera saring. Nak buat biz katanya... Bagus! Saya memang suka galakkan adik2 berniaga. So, lepas office hour saya pecut balik temankan adik saya beli barang2 printing baju. Hari Jumaat dia tinggal di rumah membuat beberapa frame kayu dan menyediakan meja khas sementara saya dan suami sibuk dengan urusan kerja kami. Malam tu pulak mak abah saya pula sampai dari Kuantan. Baru balik menolong mak cik saya mengemas rumahnya yang dilanda banjir baru2 ni. Kebetulan juga semuanya dapat berkumpul di rumah saya. So masak2 dan makan seadanya kami sekeluarga malam tu. Selesai makan malam kami berlonggok pula depan tv menantikan siaran Maharaja Lawak. Tengah sedap bergelak tawa, mak dapat panggilan dari pak cik saya di Taman Desa Jaya. Katanya nenek saya tiba-tiba tak sedarkan diri. Bergegas kami bersiap-siap nak menjengok nenek di sana. Namun sekerat jalan, pak cik saya telefon lagi bagitahu yang ambulan dah hantar nenek ke Hospital Universiti. So, tak jadi la ke rumah pak cik. Kami terus memandu ke arah Petaling Jaya. 

    Sampai2 nenek masih dalam emergency room. Semua tak dibenarkan masuk. Ahli keluarga mana yang dekat2, satu demi satu sampai. Menunggu sampai jam 4.30 pagi tetap tak dibenarkan masuk. Jadi kami pulang dulu bawa abah, isteri adik dan anak kecil diorang. Adik saya dan mak tinggal kat sana bersama sedara mara yang lain. Esok petang saya singgah sekejap di hospital. Mak masih menunggu. Saudara mara dari Pahang makin ramai yang sampai. Dalam kesempatan yang ada, sempat juga kami bertukar khabar dengan sepupu sepapat yang ada. Akhirnya dalam jam 4 lebih dapat juga menjenguk nenek saya sebelum balik. Nenek saya disahkan major stroke oleh doktor yang merawat. Sedihnya... Nenek dah tak nampak siapa yang datang melawat dia, malah nenek jugak tak dapat bercakap dan bergerak. Segalanya perlukan bantuan. Hari ni ingat lepas kerja nanti nak jenguk nenek sekejap. Lagipun nak jemput mak dan mak cik saya yang semalam bermalam di sana kerana giliran mereka. 

Moga wan tabah menempuh dugaan dari Allah s.w.t. Kami sentiasa sayang pada wan!!
Continue Reading

Kelas Membuat Kasut

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, December 9, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

      Lama tak menulis tentang kelas kasut. Tiap minggu pun ada kelas. So busy... Sabtu baru ni keluar pagi2 membeli material baru sebab ada sesetengah material dah habis. So hubby sudi jadi driver. Dari rumah ke cheras, kemudian terus ke serdang dan balik semula ke cheras baru la balik ke rumah. Sampai rumah tepat jam 5 petang. Tq abang... Penat memang penat, but i love it! Layan gambar ok.

Aksesori ape korang nak letak kat kasut? Pilih je.. 
Pilih! Pilih!! Ni baru satu jenis je... Banyak lagi yang lagi cantik dan lagi tinggi.
Saalah satu material yang saya beli hari tu..  Kaler pink no 3 tu sweetkan? Saya beli material ni untuk buatkan sepasang kasut tempahan kawan lama.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Cambahan Musim Hujan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 5, 2013

Musim hujan ni memang menjadi jer kalau tanam apa pun. Pasu mini yang menempatkan daun sup ni asalnya tak berapa nak menjadi. Kurusss jer. Saya tanam daun sup ni dari keratan lebihan yang digunakan untuk buat sup tulang. Mula2 tu tumbuhnya tak berapa galak, tapi bila lama2 menjadi gemuk pula tambah lagi sekarang musim hujan. Seronok pula tengok pokok gemuk walaupun ditanam sekadar sambilan saja.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Dah Nampak Buahnya...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, December 1, 2013

     Itu dia!!! Macam comel jer... Macam comel jer...

     Harap2 yang kali ni dapatlah merasa hasilnya. Jenuh jugak nak menunggu merasa kemanisan labu tanam sendiri ni rupanya. 


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading