Click Here!

Aktiviti Kemas Laman. Jom Ke Arah Hidup Sihat!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, February 17, 2014

Hola! 
Isnin dah kembali. Jangan lemau2 kat opis hari ni. Jom ceria2kan diri korang, inshaaAllah sepanjang hari ni tak kan rasa terlalu lama. 

Minggu sudah, berkesempatan duduk rehat kat rumah berdua dengan hubby jer. Takde kelas kasut, so tak de student datang la. Seronok sebab dapat fully rest dan kemas apa yang patut kat laman rumah tu. Pasu2 bunga disusun semula, pokok yang kering dan mati disiram atau tanam semula. Mana2 pasu kosong semua saya dah susun elok2 kat belakang rumah. Tunggu la hujan turun baru nak menanam semula. Kesian pokok2 tak berjaga, tuannya busy + malas. Hehe...


     Bangku kayu rustik kami ubah kedudukannya ke bahagian belakang taman. Set simen ferro tu pun kami alihkan ke bahagian belakang. Pokok2 pagaran dah meninggi so kalau duduk2 minum petang agak privasi sikit ler. Kalau sebelum ni kedudukannya di bahagian laman hadapan agak menonjol dan segan pula kalau jiran2 tengok. Nak jemput minum sekali, hidangan kami tak seberapa. Almaklum, biskut kering cicah teh kosong jer. 


   Hubby baru beli mesin rumput baru. Kali ni beli mesin rumput yang guna petrol tu dan ini adalah mesin rumput ke empat kami. Mesin rumput elektrik yang beli hari tu kedua2nya rosak. Motornya tak tahan panas. Cepat sangat terbakar. Mesin rumput jenis gelek guna tenaga sendiri tu pulak rupanya tak berapa sesuai dengan laman kami. Kalau laman yang rata macam padang golf tu ok ler, kalau laman kami yang berlubang berbonggol sangat ler penat bila menggunakannya. Rumput tak terpotong, letih jer yang dapat. So solution akhir beli mesin rumput yang guna petrol tu kat kilang adik saya. Dapatlah diskaun staff price sket. Hopefully tahan lama. 

    Laman dah bersih, Labu dan Minnie seronok lepak2 atas bangku rustik. Masa potong rumput diorang lari jauh2 sebab takut. Maybe sebab bunyinya kuat sangat kut... Apa pun diharapkan rumput2 yang rosak tu tumbuh dan kembali menghijau.

{ 0 komen... read them below or add one }