Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah seminggu kut tak update apa kat blog ni. Biasalah, tuan tanah sibuk sangat dengan aktiviti seharian. Lagipun sibuk dengan idea yang datang mencurah-curah.
Terbaru sedang sibuk siapkan kasut kawan. Tak nak ambil tempahan tapi demi kawa lama yg jauh nun di Borneo kugagahkan jua. Huhu... Dulu masa saya ke sana seminggu dia datang membawa cenderahati untuk saya. Susah-susah datang ke Poring untuk jumpa saya. Lama tak jumpa lepas tamat belajar dulu.
Malam tadi dari jam 8.15 sampai 12.54 malam saya berkurung dalam bilik jahit. Nak menyiapkan kasut ni. Tak sempat juga nak siapkan sepenuhnya. Kena tunggu masa lain pulak sambung. Kasut ni dah lama dia nak, tak silap dari bulan 2 tapi disebabkan kilang lambat siapkan mould so kenalah tangguhkan. Shoelast biasa memang mudah je, tapi kali ni saya buat wedge, So shoelast kena buat khas ikut wedge tu. Kalau tak, nanti pakai tak sedap. Yang jadi lambat tu pekerja yang ambil order dulu tak maklumkan saiz apa pada orang yang buat. Dia pula cuti panjang hal keluarga. Bila call tak dapat. Macam2 hal. So pening jap fikir masalah teknikal macam ni. Tapi akhirnya selesai jugak. Semalam lepas kerja rushing ke kilang shoelast dan terus balik. Selesaikan hal2 rumah dan terus la bertapa dalam bilik jahit tu menyiapkan tempahan ni. Tapak kasut tak order lagi ni. Tak tahulah berapa lama pulak masanya. Hopefully sempat la nak siapkan sepasang dalam bulan ni. Siap je kasut ni nak mulakan projek terbaru, handbag!
P/S~ Oh... Moga ada masa yang cukup untuk semua impian ini..
P/S~ Oh... Moga ada masa yang cukup untuk semua impian ini..