Lepas shopping kasut Bata, masuk kedai kain pula. Jenguk-jenguk jer... Lepas tu singgah kedai minum segelas air. Sedang membasahkan tekak, kami tertarik tengok aksi si kenit ni. Sungguh hyperaktif melompat dan bermain sendirian. Saya pun tanyalah pada abang yang hantar air tu, sapa tuannya. Abang tu terus kata tak de tuan, kalau nak ambillah. So, masa nak balik saya cuba ambil si kenit ni. Tak sangka betul-betul jinak. Naik kereta pun duduk diam je sampai ke rumah.
Malam tu kami keluar ke pasaraya untuk cari makanan buat si kenit. So, boleh tahan rege makanannya. So, kami namakannya Adika kerana ianya jantan. Comel tak si kenit kami? Harap2 bertahanlah kat rumah kami. Ni pertama kali kami bela kucing. Ada sesiapa yang boleh bagi tips?
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment