Click Here!

BBQ ke-2....Lobster mari!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, June 29, 2011

  BBQ kedua di rumah saya. Kali ni bersama keluarga suami sempena meraikan kakak sulongnya yang menerima ijazah dari OUM pertengahan bulan Jun lepas. Sudah agak lama tetapi tak sempat nak post entry ni.

Dalam gambar ni kami laki bini xde sebab dok jadi photographer.. Ni tak semua yang ada ni, keluarga kak chik, keluarga harith dan aus xde... Kalau semua ada legi meriah!
   Dalam BBQ ni perkara yang paling best adalah.... LOBSTER! Semua orang tertunggu-tunggu nak merasa isi lobster. Memang terbaekkk lah! Terima kasih buat Abang Shahrul sebab carikan lobster ni dari Johor. ~Next time kite BBQ lobster lagi eh...


Continue Reading

Adika.. Kesayangan kami..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, June 28, 2011

 Lepas shopping kasut Bata, masuk kedai kain pula. Jenguk-jenguk jer... Lepas tu singgah kedai minum segelas air. Sedang membasahkan tekak, kami tertarik tengok aksi si kenit ni. Sungguh hyperaktif melompat dan bermain sendirian. Saya pun tanyalah pada abang yang hantar air tu, sapa tuannya. Abang tu terus kata tak de tuan, kalau nak ambillah. So, masa nak balik saya cuba ambil si kenit ni. Tak sangka betul-betul jinak. Naik kereta pun duduk diam je sampai ke rumah.



  Malam tu kami keluar ke pasaraya untuk cari makanan buat si kenit. So, boleh tahan rege makanannya. So, kami namakannya Adika kerana ianya jantan. Comel tak si kenit kami? Harap2 bertahanlah kat rumah kami. Ni pertama kali kami bela kucing. Ada sesiapa yang boleh bagi tips?
Continue Reading

Bata Sale!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  
     Ahad lepas kami berjalan-jalan ke bandar Klang. Niat sebenar nak cari kasut kerja hubby memandangkan kasutnya dah koyak di tapak. Ternampaklah sale kat kedai Bata. Menarik juga, sale 50%-70%. So, singgahlah tengok. Hubby saya ambil sepasang kasut kerja dan sepasang kasut sukan. Saya pula ambil 2 pasang sandal. Satu yang tak bertumit untuk saya dan satu lagi bertumit untuk ibu saya. Bukannya mahal sangat. Kasut saya dan ibu masing-masing cuma RM12 dari RM39.90. Kasut sukan hubby RM 30, manakala kasut kerjanya cuma RM27.50 dari RM55. Sale ni katanya sampai pertengahan bulan Ogos. Jom pi beli kasut! Boleh cari kasut raya sekali...
Continue Reading

Sg Besar... makan kenduri,Sabak Bernam... makan mee udang!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, June 27, 2011


    Yeeeeeaha! Akhirnya dapat juga merasa makan mee udang kat B.N.O. B.N.O kat maner? Oh, B.N.O tu singkatan bagi Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam.


    Sabtu lepas pergi kenduri kawen abang sepupu di Sg Besar. Alang-alang dah ke sana, singgah lah makan mee udang. Kire oklah.. RM5 sepinggan. Menyelerakan jugak, kuah pekat... udang banyak ade 7 ekor dalam sepinggan cuma agak menyecewakan udang tak segar sangat, macam bukan udang dari tangkapan hari tu jer.. Tapi apapun, dah tertunai hajat nak makan mee udang. Tak habis pun saya makan, tapau je bawa balik sebab perut penuh lagi baru lepas makan kenduri kan..



   Balik dari makan mee udang singgah pula beli mangga dan kerepek buat kudap-kudap kat rumah. Mangga RM8 sekilo. Kerepek ikut jenis... Kat kedai kerepek ni kami borong banyak juga, tapi malangnya kerepek pisang tanduk yang saya beli tak begitu memuaskan. Rasanya sedikit lemau dan tengik. Kerepek lain semua ok, mungkin sebab yang lain dah pek elok tapi kerepek pisang tu kami beli timbang, so dia ikat getah je. So, next time kalau nak beli yang timbang, kena minta rasa dulu. Rugi jer sekilo lebih kerepek pisang.. Ada sesapa yang ada petua merangupkan balik kerepek lemau tak?

Continue Reading