Cuti raya Cina baru ni dapat cuti seminggu. Jadinya kami bercuti di Fraser Hill bersama keluarga besar hubby. Memang meriah habis... Semua adik-beradik ada kecuali 2 keluarga je. Kalau cukup semua mesti lagi meriah!
Kalau bercuti di Fraser Hill memang tak de tempat lain yang jadi pilihan penginapan kami. Pastilah banglo ala kolonial, Sri Berkat. Dulu banglo ni pernah jadi lokasi penggambaran Mistik. Memang mistik pun... Tapi tu dulu la. Sekarang dah hilang mistiknya sebab banglo ni telah diubahsuai dan dibaik pulih oleh Tourism Selangor. Harga pun dah naik dari RM80 kepada RM150 semalam. Kami tidur dua malam sebab cuti panjang dan nak rest betul2...
Aktiviti kat sini banyaknya jalan2 kat tempat menarik di situ dan panjat bukit tengok banglo2. Dan malam pertama dah tentu bbq. Bakar ayam, sosej dan burger yang dibeli di Tesco Rawang. Mee segera dah tentu berkoyan dibawa kat tempat sejuk camni. Memang nikmat makan mee segera panas dalam cuaca sejuk. Apa pun layan gambar yang tak seberapa ni..
*Gambar tak banyak pasal saya betul2 nak rest. Ada pun dua tiga buat kenangan. Yang lain cilok dari fb kakak ipar je. Hehehe...
|
Banglo Sri Berkat |
|
Bergambar semasa mendaki bukit |
|
Comel tak Aleesya? |
|
Gambar ramai2 sebelum jalan2 tengok banglo |
|
Hubby di padang depan banglo |
|
BBQ.... |
|
Akhir sekali mestilah ada gambar tuan blog... hehe |
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment