Click Here!

Dilema bercuti di mana? Baca sini...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 29, 2013

   Seringkali bila tiba masa cuti, mesti kita seronok sakan merancang nak bercuti ke mana,kan? Nak2 pulak bila cuti tu bersambung2 macam cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam baru2 ni. Jadi bila dah ada cuti panjang tu mulalah merancang nak ke sana ke sini untuk habiskan masa bersama keluarga. Tapi korang perasan tak, kadang2 korang diterpa soalan yang mengganggu mood bercuti. Contohnya; Nak bercuti kat mana? Nak pergi jalan2 ke Utara atau Pantai Timur makan masa lama kat atas jalan. Rugi masa. Kalau ada pun tempat bercuti yang dekat2, PD atau Melaka jer. Abih tu, takkan setiap kali cuti nak pi tempat sama je. Boring la... PD tu dah dekat 10 kali dah pergi sana, dah hafal dah jalan sana. Melaka pun  macam tu jugak... Lepas tu mesti soalan yang menyusul kemudiannya mengenai nak duduk di mana sepanjang percutian tu. Nak duduk di hotel atau resort? Kalau duduk di hotel, ok tu memang la ok. Tapi kalau ada anak ramai jadi satu masalah pulak. Bajet kena lebih sikit pasal pihak hotel ada polisi tak boleh duduk ramai2 kat dalam 1bilik. Kalau  boleh pun ada surcharge. Kompom punye! Kalau nak duduk resort lagi ler ketat polisinya. Duit kena keluar lebih2 lagi kat sini. Namanya pun resort, mesti ekslusif habis. Tapi bercuti kat resort memang best ler pasal  suasana kat resort boleh hilangkan stress. Lebih2 lagi kalau resort ala kampung, memang mesra alam. Cuma itu ler, harga kompom mahal punya.Tu baru tidur semalaman, kalau nak dua tiga malam? Haih..Susah betul nak buat keputusan, kan? Kami pun selalu hadapi dilema macam tu. Akhirnya percutian berakhir dengan lepak kat rumah je, jalan2 PD atau Melaka atau paling2 pun balik kampung je. Sedihkan? Huhu...
    Tapi lepas ni kompom la cuti kami tak boring lagi. Sebabnya kami dah jumpa resort ala kampung yang memang menarik sangat untuk didiami. Sayangnya masa kami jumpa resort ni, kami dah nak balik KL. Resort ni bonda yang tunjukan pada kami secara kebetulan. Balik kampung di lain kali kami nak try duduk sini semalam dua. Mesti best dan hilang stress. Korang boleh skrol tengok2 gambar resort ni. Memang semua chaletnya kami masuk untuk lihat2 dan ambil gambar untuk korang tengok. So... Jom ronda2 Terata' Leka.

cuti ala kampung
Tanda nama Terata' Leka di pintu masuk.
    Terata' Leka ni letaknya di Kampung Parit Jawa, Muar. Lokasinya tak jauh pun dengan kedai asam pedas yang femes tu. Nak sampai ke sini korang kena lalu pasar basah Parit Jawa menuju ke kawasan nelayan menaikan ikan. Lokasi agak tersorok sikit dan betul2 dalam kawasan kampung. So korang boleh tanya pada orang tempatan. Dah lalu pasar tu jangan lupa beli ikan atau seafood, bolehlah buat aktiviti bbq nanti.  Menurut Nana salah seorang pekerja di resort ni, Terata' Leka ni adalah kepunyaan seorang doktor. Dr Rosli kalau tak silap namanya.
   Resort ni mempunyai 3 chalet ala rumah kampung serta 1 chalet ala rumah ran dan setiap chalet dinamakan dengan nama Terata' Along, Teratak Angah, Terata' Acik dan Terata' Anjang. Dari pengamatan saya, resort ini penuh dengan ciri-ciri kesenian kampung Melayu yang menarik. Lanskapnya juga teratur dan sesuai dengan konsep kampung yang ingin diketengahkan. Jom cuci mata tengok keindahan resort ala kampung, Terata' Leka. ~ Memang leka bila berada di sini.
  
Permandangan keseluruhan dari pintu gerbang.
Terata' Along- Chalet gaya Rumah Melaka.
Terata' Along dari sisi tepi.
Gaya hiasan dalaman Terata' Along.
Ruang tidur yang selesa.
Meja hias dengan ruang menonton di sebelah tangga ke loteng.
Bilik air dengan ruang dobi.
Ruang dapur yang lengkap. Penghuni boleh memasak dan menggunakan segala utiliti yang disediakan.
Hiasan sangkar burung di beranda chalet melengkapi konsep ala kampung yang diketengahkan.
Terata' Angah- Chalet dengan gaya rumah Johor.
Gaya hiasan dalaman Terata' Angah. Ruang yang lebih luas memandangkan  ia tiada  loteng.

Ruang santai yang ringkas namun masih menepati konsep.

Katil beradu dengan empat tiang penjuru menaikan mood romantik pasangan bulan madu.
Katil bujang yang turut dimuatkan di Terata' Angah. Anak tak perlu berkongsi katil dengan ibubapa. 
Ruang dobi lengkap dengan mesin basuh dan seterika.
Sudut dapur yang juga lengkap dengan meja makan.
Ruang santai di beranda luar.
Kemudahan tapak permainan buat si kecil
Kemudian Nana bawa kami jenguk2 ke Terata' Acik iaitu chalet dengan gaya rumah Melaka.
Ruang santai di depan tangga masuk.
Ruang beranda Terata' Acik yang luas.
Ruang tidur yang disediakan.
Ruang santai di bahagian dalam teratak. Bonda saya cadangkan kami buat Family Day di sini. 
Katil tambahan.
Ruang loteng yang boleh dinaiki menggunakan tangga. 
Tangga ke ruang loteng.
Ruang dapur Terata' Acik.
Ruang mendobi yang disediakan.
Hiasan dalaman Terata' Acik.
Ruang menonton televisyen.
Terompah- Antara hiasan yang boleh digunakan oleh pengunjung.
Terata' Anjang- Chalet berbentuk ran atau rumah pokok.
Pandangan ran dari bawah. Pokok tumpang serta tumbuhan menjalar yang ditanam mencipta mood mesra alam.
Tangga naik ke Terata' Anjang.


Kawasan santai di bawah ran yang menghadap ke kolam renang nampak ringkas namun memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung khasnya ibubapa yang ingin memantau keselamatan anak2 di kolam renang.
Gazebo serta ruang kolam renang untuk pengunjung beriadah.
Meja piknik di sekeliling kawasan kolam renang dibina bagi kemudahan pengunjung. 
Kolam renang yang luas dilatari dengan rimbunan pohon calathea membangkit mood  percutian  mewah.
Kolam renang kanak2 turut disediakan.
Sebuah dek pelantar dari kayu dan batu dengan rimbunan pohon melembutkan lanskap kolam.
Tandas dan ruang menukar pakaian yang agak tersorok serta  bangku menunggu.
Kolam renang dari pandangan atas ran. Ada banyak lagi perancangan yang bakal  dibina. Tengok saja nanti. 
Pandangan dari atas ran ke pintu masuk chalet.
Antara tarikan yang ada di sini, kolam ikan talapia.

Gazebo untuk pengunjung bersantai dan melakukan aktiviti . 
Alatan musik tradisional yang terdapat di gazebo ini.
   Ok, dah tengok2 gambar resort ni, ada rasa macam nak cuba menginap di sini tak? Nak tahu rate semalam? Ok, menurut Nana, rate menginap semalaman di Terata' Along, Angah dan Acik adalah RM 200 hari biasa dan RM 250 pada hujung minggu. Manakala RM 50 untuk Terata' Anjang. Maksima penginap dalam sebuah chalet untuk satu masa adalah 10 orang, kecuali Terata' Anjang. Ofkos ler, kang runtuh pulak. Murah je,kan? Berbaloi datang satu keluarga. Walau bagaimana pun, korang boleh hubungi En Najib 012-2725353 untuk lebih kepastian dan urusan tempahan penginapan.



{ 3 komen... read them below or add one }

GO GREEN said...

Salam,
sambil2 blogwalking..terjumpa blog ni, entry yg menarik & padat dgn infor. Idea bercuti ni sgt menarik, terima kasih. Ini boleh masuk dlm holiday planner saya..

Aida Ab Jalil said...

salam lynn, thanks sudi baca blog saya. jemput dtg ke kampung halaman.boleh rasa tinggal di teratak leka.

Unknown said...

terima kasih atas info.

sebagai orang muo..saya bangga dengan penginapan ala kampung di parit jawa ni.

InsyaAllah akan sampai ke Terata' Leka jua one fine day.


salam kenal buat tuan rumah.
che'Pah
www.latifahsuleiman.blogspot.com