Click Here!

Batu oh batu!

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, January 3, 2013

   Entry kali ni khas nak bercerita pasal batu je. Ada banyak jenis batu dan ada pelbagai kegunaan batu. Kalau kita rajin dan kreatif, batu yang orang buang2 tu kita boleh kutip dan jadikan hiasan di rumah kita.
   Kami memang tak kuasa la nak beli batu kecuali batu hiasan yang dah siap polish tu. Kalau granit, cari je di longgokan kontraktor. Buat apa membazir duit ke batu seperti ini, baik la beli pokok tambah seri rumah.
    Kawasan perumahan kami duduki sekarang tengah sibuk dengan pembangunan. Sana sini ada bahan terbuang. Batu yang kami kutip ni biasanya kontraktor buat pagar longkang atau penahan dari tanah runtuh. Jadi bila dah tak digunakan akan dibuang saja. Kami kutip dan basuh. Bila dah bersih dari sisa tanah merah, kami susun sebagai sempadan lanskap taman. Dah untung kat situ sebab batu granit cam ni kalau tanya nurseri pun dalam RM1.50 sekilo. Kalau  sebonet kereta agak2 berapa kilo? Jadi kita fikir sendiri, mana lebih jimat. Kesimpulannya; tepuk poket tanya bajet !

{ 0 komen... read them below or add one }