Click Here!

Aktiviti cuti

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, January 12, 2013

    Cuti minggu saya minta hubby tolong pangkas dahan pokok di luar pagar. Pokoknya dah besar dan dahannya dah masuk ke halaman saya. Banyak pulak tu daun gugur. Hish.. Tak cantiklah laman saya kalau ada daun kering gugur sana sini. Jadinya, jalan paling mudah ialah kasi potong itu pokok. Tapi... Tak boleh tebang habis pasal pokok tu majlis yang punya dan satu lagi, jiran saya selalu park kereta kat bawah pokok tu. Nanti tak pasal2 wujud sengketa pulak. Yelah takut jadi salah faham kut jiran kata saja2 tebang padahal dah tau dia selalu park kereta kat situ...kan?
 Lepas pangkas dahan sebelah rumah kami, barulah nampak kemas sikit kawasan tu. Lepas ni kuranglah kerja menyapu daun kering. Waktu malam pula cahaya lampu jalan dah boleh tembus hingga ke laman belakang. Tak la risau sangat kalau kena tinggal sorang2 kat rumah.

Hubby dengan gaya memangkas jurus ke-19! 

{ 2 komen... read them below or add one }

hitomi lavender said...

Rajinnya...ada gaya pendekar dah duk potong dahan tu...:D

suka suka said...

Salam.. Buangla apa yg patut