Click Here!

Terlingkup dapurku dek nak membuat sushi...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 18, 2013

    Sushi, 'rice ball' dan tempura... Itu menu makan malam kami malam ni. Ala2 Jepun la kononnye. Tambah satu menu lagi, dori grill dgn sambal salsa. Huh! Membuatnya punyalah lama dan rumit, tapi bila makan tak sampai 4ketul. Entah la, agaknya sebab dah penat sangat dok beria menggulung sushi tadi kot. Saya memang slalu camtu, kalau masak beria-ia mesti makan tak seberapa. Tapi kalau masak campak2 je kompom makan cam orang kebulur.
   1st time buat sushi sendiri malam ni. Dapur terlingkup habis nak nyediakan menu ni. Resepi pun google kat MyResepi.com. Banyak mende yang tak cukup tapi kalau dah teringin nak men'surprise'kan hubby tu, redah jugak la. Janji ade seaweed, timun jepun dan nasi. Tu pun kira cukup la syarat2 buat sushi tu. Beras pun pakai beras bese jer, nak beli beras sushi tu kemain mahalnye rege, RM9.60 sekilo tak salah. Tak kuasa nak beli kalau setakat baru nak cuba2 buat tu. Kang tak menjadi, buat rugi je. Sudahnya pakai beras bese je cuma campurkan dgn cuka, gula dan sikit garam masa tanak nasi tu. Lepas nasi masak, campur sikit mayo kasi jadi lekat-lekit tuh. Haa.. ok pe, rasa pun lebih kurang same je. Kretip betul orang yang reka resepi alternatif ni. Hubby balik tadi, masuk dapur terus tersengeh tengok menu malam ni. Seronok la tu tengok bini dok buat sushi dan goreng tempura, fav food la katakan... Sempat lagi tangan tu dok curi2 seketul dua sushi. Tapi ok ler, hilang penat membuatnya bila hubby kata sedap. Sengeh ke telinga dengar pujian. Ikhlas ke, cuma amik hati ker, tak tau la... Janji dia bahagia, saya pun bahagia!

P/S- Malam minggu jer pun boleh tengok bini dia rajinkan diri dok dapur lama2.

{ 0 komen... read them below or add one }