Click Here!

DIY Taman Air Mini

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, January 2, 2013

   Ni taman air mini yang saya dan hubby bina minggu lepas. Dah lama dah terfikir nak ada satu tapi bila sibuk, tangguhkan saja. Cuma baru- baru ni bila tengok2 DIY kat Youtube terfikir nak buat satu. Dan yang pasti berbajet rendah je.
   Projek kali ni modal saya cuma RM50 saja. Saya cuma beli pasu hitam dan pam air, yang lain-lain gunakan apa yang ada di sekeliling saja. Gambar di bawah ni mungkin boleh terangkan dengan lebih jelas cara saya membina sebuah taman air mini. Baldi lama tu kalau nak lebih cantik boleh sembur cat hitam dulu, kalau tak nak pun ok jer, Nanti dah susun pokok keliling dan letakkan pagar hiasan dah tak nampak pun baldi tu. Projek ni kena try and error sebab kita kena pastikan flow air mengikut apa yang kita rancangkan. Kita juga kena pastikan air dari pasu besar akan melimpah masuk ke dalam baldi supaya pam dapat menyedut air ke atas (pasu kecil). Jika air tidak masuk semula ke dalam baldi, paras air akan rendah dan mungkin mengakibatkan pam rosak kerana pam perlu tenggelam sepenuhnya di dalam air. Ambillah langkah berjaga-jaga sekiranya ada anak2 kecil.

{ 0 komen... read them below or add one }