Click Here!

Musnahkan !!!

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, January 5, 2013



   Pagi ni semangat pulak dok bertaman. Macam2 yang dilakukan memandangkan hari pun mendung aje.. Sambil2 merumput, kutip siput babi jugak. Banyak pulak hidupnya mende alah ni. Kalau hubby jumpa, hubby baling ke luar pagar. Tapi kalau saya yang jumpa, saya pijak je. Biar mati terus. Kalau buang ke luar pagar, esok2 dia panjat masuk taman balik. Pastu bertelur banyak2 dan membiak lagi. Dah tu bila nak pupusnya kalau dah cam tu. Pernah terbaca kat majalah Laman, nak hapuskan siput kena rendam dalam air garam. Tapi kenalah kutip siput2 tu masukan ke dalam baldi tu. Jangan haraplah siput tu nak panjat sendiri. Pastu boleh ambil siput2 tu masak dengan pasta macam orang Perancis. Hehehe...
  Ada juga yang sarankan letak abu kat keliling kawasan tanaman supaya siput tak dapat mengerjakan tanaman kita. Sebabnya, abu akan terpalit pada lelendir yang ada pada siput dan siput cukup tak suka keadaan tu. Cara yang paling mudah untuk mengawalnya adalah dengan sentiasa kemaskan kawasan taman dari sampah serta daun2 kering yang gugur sebab memang habitat siput duduk kat tempat2 tersorok dan lembap dicelahan daun kering atau di bawah rimbunan semak- samun. Oklah... Panjang dah cerita pasal siput babi ni. Nak masuk dapur, nak memasak pulak.

{ 0 komen... read them below or add one }